Sambutan luar dugaan 'Barbenheimer' hidupkan semula pawagam
Anggaran Waktu Membaca:

Barbenheimer: Margot Robbie di dalam filem Barbie dan Cillian Murphy di dalam filem Oppenheimer. (Gambar: AP/Barbie/Oppenheimer)
LOS ANGELES: Pertempuran antara filem-filem Barbie dan Oppenheimer, kini digelar "Barbenheimer", yang dinanti-nantikan hujung minggu lalu terbukti satu kemenangan bagi pawagam pada musim ini.
Penjualan tiket pada musim yang biasanya sibuk ini ternyata mengecewakan sepanjang bulan Jun dan Julai. Filem-filem seperti The Flash, Indiana Jones serta siri Mission Impossible yang terbaru, lakonan Tom Cruise menerima sambutan di bawah jangkaan.
Namun, itu semua sebelum filem Barbie dan Oppenheimer, dua filem dengan tema yang bertentangan, mula ditayangkan serentak.
Filem Barbie dibintangi Margot Robbie sebagai boneka ikonik itu dalam komedi yang berwarna warni, manakala Oppenheimer menceritakan tentang pembuatan bom atom.
Kedua-dua filem ini disambut hebat oleh para penonton yang memenuhi pawagam hujung minggu lalu, dengan para penonton Barbie berpakaian merah jambu. Filem Barbie dilapor mencatatkan kutipan AS$155 juta dan Oppenheimer pula AS$80.5 juta pada Ahad, menurut laporan Reuters.
BARBIE MENERAJUI
Lebih 200,000 tiket dijual pada hari pertama tayangan Barbie dan Oppenheimer, menurut Persatuan Pemilik Pawagam Kebangsaan Amerika.
Pada hujung minggu, "Barbie" mencatat rekod sebagai tayangan pembukaan terbesar pada tahun 2023 dan yang tertinggi di antara filem yang diarahkan oleh seorang wanita. Ia mengatasi pembukaan "The Super Mario Bros. Movie" pada April lalu.
"Saya berasa merah jambu pada hujung minggu yang bersejarah ini," kata Jeff Goldstein, ketua pengedaran teater domestik di Warner Bros (WBD.O), studio yang mengeluarkan filem "Barbie."
"Orang ramai berseronok. Penerimaannya begitu ceria dan sangat positif," tambahnya lagi seperti ditukil laporan Reuters.
Syarikat Mattel Inc (MAT.O) yang memiliki jenama Barbie telah melancarkan pemasaran global habis-habisan untuk menyemarakkan fenomenanya, termasuk menerangi mercu tanda London dengan cahaya lampu warna merah jambu dan bekerjasama dalam ratusan produk. "Barbie" memperolehi jumlah kutipan AS$337 juta di seluruh dunia.

Namun, filem ini tidak disambut positif dengan sepenuhnya. Beberapa penyokong parti Republikan Amerika membantah peta yang digunakan di dalam filem itu yang dikatakan pro-China. Ini turut mendorong Vietnam untuk mengharamkan filem itu. Warner Bros berkata filem "Barbie" tidak membuat kenyataan geopolitik, menurut laporan Reuters.
Filem "Oppenheimer" hasil Comcast Corp (CMCSA.O) Universal Pictures, juga memperolehi AS$174 juta secara global, permulaan yang kukuh untuk filem drama dewasa tiga jam. Filem ini dibintangi oleh Cillian Murphy sebagai saintis J. Robert Oppenheimer, orang yang membangunkan bom atom yang menamatkan Perang Dunia Kedua.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.