Skip to main content

Hiburan

Salif Hardie, Cassandra Spykerman mara ke pusingan akhir 'Berani Nyanyi?'

Pusingan kedua peringkat separuh akhir pertandingan 'Berani Nyanyi' pada Selasa (15 Mac) menampilkan persaingan sengit antara para peserta yang serba boleh, dengan Salif Hardie dan Cassandra Spykerman berjaya mara ke peringkat akhir.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pusingan kedua peringkat separuh akhir pertandingan 'Berani Nyanyi' pada Selasa (15 Mac) menampilkan persaingan sengit antara para peserta yang serba boleh, dengan Salif Hardie dan Cassandra Spykerman berjaya mara ke peringkat akhir.

Dalam persembahan ala-ala Kpop yang penuh bertenaga, Cassandra mengejutkan para pengadil menerusi kebolehannya bernyanyi dan menari dengan baik semasa menyampaikan lagu Nakal oleh Ayda Jebat.

bn_ep_6_-_cassandra_spykerman_opening_item

Beliau meraih 95 markah, iaitu yang tertinggi yang pernah dikecapi seseorang peserta dalam pertandingan "Berani Nyanyi?" - sekaligus peluang untuk mara ke pusingan akhir.

Salif pula memberikan persembahan penuh bertenaga dengan membawakan lagu Bunga oleh Altimet.

Rata-rata para pengadil terpesona dengan kebolehan Salif menyanyikan lagu rap itu dan ada juga yang ikut serta menyanyikan lagu Altimet dengan seni kata yang agak 'catchy' itu.

bn_ep_6_-_salif_hardie_solo_performance_1_1

Bagi persembahan lagu Hip Hop yang penuh bertenaga itu, Salif berjaya mendapat markah 91.

Lagi dua peserta - Suzairhe Sumari dan Zuhairi Idris - dalam pusingan separuh akhir kedua itu.

Dengan mendendangkan lagu Oh Fatimah oleh A.Ramlie, Suzairhe menampilkan persembahan yang cukup mengasyikkan yang diiringi dengan tarian ala pop yeh yeh.

bn_ep_6_-_suzairhe_sumari_solo_performance_2

Bagi persembahannya itu, Suzairhe mendapat 85 markah.

Zuhairi Idris pula muncul lengkap berpakaian ala maharaja dengan lagu genre dangdut bertajuk 'Yang Sedang Sedang Saja' nyanyian asal oleh Iwan.

Zuhairi menarik perhatian para pengadil dengan memaparkan kebolehannya menari dengan lenggok dangdut.

bn_ep_6_-_zuhairi_idris_opening_item

Bagi persembahan itu, Zuhairi mendapat 77 markah.

Ini bermakna, Cassandra dan Salif bakal berentap dengan Fir Rahman dan Rizman Putra dalam pusingan akhir Berani Nyanyi?.

Dua peserta yang tersingkir semasa pusingan separuh akhir pertama adalah Iskandar Shah dan Surya Rahmanty.

Iskandar Shah, Surya Rahmanty, Suzairhe dan Zuhairi akan kembali bersaing merebut peluang kedua mara ke pusingan akhir dalam episod 'Wildcard - Pilih Aku Please' pada 22 Mac depan.

Rancangan Berani Nyanyi? boleh ditonton di meWATCH, saluran YouTube Suria dan Mediacorp pada setiap Selasa malam pukul 8.30 malam.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita