Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Saksikan Lee Min-Ho dalam drama Korea terbaru, Pachinko mulai 25 Mac

Anggaran Waktu Membaca:
Saksikan Lee Min-Ho dalam drama Korea terbaru, Pachinko mulai 25 Mac

Lee Min-Ho dan Kim Minha dalam drama Pachinko. (Gambar: Apple TV+)

Diterbitkan : 28 Jan 2022 08:20AM Dikemas Kini : 28 Jan 2022 08:21AM

AMERIKA SYARIKAT: Saluran Apple TV+ baru sahaja mengeluarkan gambar-gambar bagi drama yang akan disiarkan tidak lama lagi, iaitu Pachinko. Berdasarkan novel, yang laris dijual menurut New York Times, oleh Min Jin Lee  drama ini akan ditayangkan dalam tiga bahasa: Jepun, Korea dan Inggeris. 

"Jalan cerita Pachinko bermula dengan kisah cinta terlarang" sebelum membawa penonton mengikuti perjalanan ke Korea, Jepun dan Amerika yang menceritakan tentang peperangan dan keamanan, cinta dan kehilangan, kemenangan dan pembalasan".

Pachinko akan disiarkan di saluran tersebut dengan tiga episod pada 25 Mac, dengan episod-episod baru yang akan dikeluarkan setiap Jumaat sehingga 29 April. 

Lee Min-Ho dalam drama Boys Over Flowers. (Gambar: Netflix)

Siri dengan lapan episod itu akan dibintangi pelakon terkenal Lee Min-Ho (Boys over Flowers) sebagai Hansu. Watak utama Sunja akan dimainkan pelakon-pelakon berbeza sepanjang siri itu: Minha Kim semasa Sunja seorang anak remaja, Yu-na Jeon semasa beliau seorang kanak-kanak dan pemenang Oscar Youn Yuh-Jung akan memain watak Sunja apabila beliau sudah dewasa. 

Pemenang Oscar, Youn Yuh-Jung. (Gambar: Apple TV+)

Drama itui juga dibintangi Soji Arai, Jin Ha, Inji Jeong, Kaho Minami, Steve Sanghyun Noh, Anna Sawai, Junwoo Han, Eun Chae-Jung dan Jimmi Simpson. 

Siri tersebut ditulis dan diterbitkan oleh Soo Hugh, yang juga memainkan peranan sebagai penerbit eksekutif. Menurut Hugh, Pachinko merupakan salah satu "projek yang muncul dan mengubah teras dirinya sebagai seorang individu dan penerbit filem". 

"Drama ini bukan sahaja cerita tentang nenek moyang saya, tetapi ia juga satu tanda penghormatan buat mereka - kepada semua 'Sunja' yang tersirat dalam sejarah keluarga-keluarga kita. Saya rasa amat berbesar hati untuk menghidupkan watak-watak ini bersama dengan kakitangan dan barisan pelakon yang berdedikasi dan berbakat," menurutnya dalam satu kenyataan media. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan