Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Saif Ali Khan cedera selepas diserang perompak di rumahnya

Anggaran Waktu Membaca:
NEW DELHI: Bintang Bollywood Saif Ali Khan mengalami kecederaan akibat diserang dengan pisau di rumahnya di kawasan pinggir bandar Bandra, Mumbai.

Pelakon berusia 54 tahun itu mengalami beberapa kecederaan dalam satu cubaan rompakan yang berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi pada Khamis (16 Jan), lapor media tempatan.

Polis Mumbai memaklumkan bahawa penyerang melarikan diri selepas penghuni lain di rumah itu terjaga.

Saif dibawa ke Hospital Lilavati kira-kira pukul 3.30 pagi untuk mendapatkan rawatan.

"Beliau mengalami enam kecederaan, dua daripadanya luka agak dalam. Satu luka hampir dengan tulang belakangnya. Kami sedang menjalankan pembedahan ke atasnya," kata pegawai kanan hospital, Dr Niraj Uttamani, seperti dipetik oleh akhbar Hindustan Times.

Saif, yang berkahwin dengan pelakon Kareena Kapoor, tinggal di rumah itu bersama dua anak mereka.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan