Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Sabri Yunus & Angeline Tan kini bergelar suami isteri

Anggaran Waktu Membaca:
Sabri Yunus & Angeline Tan kini bergelar suami isteri

Gambar: isseyfazlisham/Instagram

Diterbitkan : 14 Oct 2023 02:45PM Dikemas Kini : 14 Oct 2023 03:00PM
KUALA LUMPUR: Pelakon yang popular menerusi siri drama komedi televisyen Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Sabri Yunus dan Angeline Tan kini bergelar suami isteri.

Hal tersebut dikongsikan oleh penyampai radio dan pengacara Issey Fazliham menerusi kemas kini terbaharu di Instagram miliknya.

“Selamat pengantin baru Abang Sabri Yunus dan Kak Ardini / Angeline Tan.

“Alhamdulillah. Kami sangat gembira. Semoga Cinta Wan Ismail Golok dan Lucy kekal sampai ke syurga. Pi mai pi mai tang tu,” tulisnya, lapor Astro Gempak.

Menerusi komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen, ramai yang mendoakan kebahagian dan kesejahteraan pasangan tersebut.

Sabri dan Angeline masing-masing meraih populariti menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, dipetik daripada Astro Gempak.

Menerusi sitkom berkenaan, mereka menggalas watak Wan Ismail Golok dan Lucy.
Sumber : Agensi berita/AA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan