Ryan Seacrest buat penampilan pertama sebagai pengacara Wheel Of Fortune
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Phillip Faraone / GETTY IMAGES NORTH AMERICA)
CALIFORNIA: Buat pertama kali dalam hampir 8,000 episod, rancangan "Wheel Of Fortune" tidak dimulakan dengan ucapan "Hello" oleh pengacara Pat Sajak.
Ryan Seacrest mengambil alih tugas Sajak selepas 41 tahun sebagai pengacara rancangan permainan terkenal itu, bersama Vanna White.
Seacrest, yang merupakan personaliti televisyen dan radio dikenali sebagai pengacara American Idol, program Malam Tahun Baru dan rancangan radio yang sudah lama disiarkan.
Beliau membuat penampilan pertama sebagai pengacara rancangan tersebut pada Isnin (9 Sep) malam.
Dalam monolog ringkas sebelum permainan bermula, Seacrest mengiktiraf kesan yang ditinggalkan Sajak sebagai pengacara dan persaraannya pada hujung musim ke-41.
Sajak memenangi Anugerah Emmy keempatnya bagi kategori pengacara rancangan permainan terbaik bagi musim terakhirnya pada Sabtu (7 Sep), di acara Emmy Seni Kreatif.
"Menjadi pengacara Wheel Of Fortune adalah satu kerja idaman. Saya adalah peminat rancangan ini sejak saya kecil, ketika saya menontonya bersama keluarga saya di Atlanta, dan saya tahu betapa pentingnya rancangan ini untuk anda selama 40 tahun lalu," kata Seacrest.

Sumber : AP/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.