Ryan Reynolds kongsi pandangan pertama Hugh Jackman dalam kostum Wolverine di set Deadpool 3
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: YouTube Ryan Reynolds)
ENGLAND: Lakonan Hugh Jackman sebagai Wolverine dalam filem X-Men kekal sebagai salah satu persembahan adiwira paling ikonik sepanjang zaman. Jackman telah menerima pujian daripada peminat dan pengkritik untuk nuansa dan kekejaman yang dibawanya kepada ikon X-Men itu.
Namun, satu kritikan yang sering dibangkitkan terhadap filem X-Men ialah bagaimana Jackman tidak pernah memakai sut kuning-dan-biru, yang dipakai watak Wolverine di dalam buku komik, dalam sembilan filem X-Men yang telah dibintanginya.

Semua itu berubah pada malam Isnin (10 Jul) apabila pelakon Ryan Reynolds menyiarkan foto dirinya dan Jackman dalam sut adiwira baharu mereka di set Deadpool 3, dengan catatan: "Jangan berkedip".
Kostum Jackman mengambil inspirasi daripada Astonishing X-Men dalam Marvel Comics di mana Wolverine mempunyai sut taktikal yang kebanyakannya berwarna kuning, kecuali beberapa aksen biru.
Malah kostum Deadpool Reynolds juga dikemas kini; sutnya kini dalam warna merah yang lebih terang dan topengnya menonjolkan mata hitam yang lebih besar – yang turut mencerminkan rupa Deadpool dalam komik.
Gambar Reynolds yang kini viral mendapat sambutan baik dari peminat yang menyatakan kegembiraan mereka kerana akhirnya dapat melihat kostum Wolverine yang tepat dengan gambaran komik selepas 23 tahun.
Beberapa akaun media sosial juga cuba meningkatkan kualiti gambar asal Ryan Reynolds, untuk melihat sut-sut baru itu dengan lebih baik lagi.

Deadpool 3 dijadualkan keluar di panggung pada 3 Mei 2024. Filem ini adalah filem Deadpool pertama yang di bawah Marvel Cinematic Universe (MCU), berikutan pemerolehan 21st Century Fox oleh The Walt Disney Company.
Pada September 2022, Ryan Reynolds mendedahkan bahawa Hugh Jackman akan memainkan semula wataknya sebagai Wolverine - beberapa tahun selepas persembahan terakhirnya dalam filem Logan pada 2017.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.