Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Rumah Shah Rukh Khan 8 tingkat, bangunan warisan

Anggaran Waktu Membaca:
Rumah Shah Rukh Khan 8 tingkat, bangunan warisan
Diterbitkan : 24 Dec 2024 11:57PM Dikemas Kini : 25 Dec 2024 12:55AM
MUMBAI: Terkenal sebagai pereka hiasan dalaman, isteri Shah Rukh Khan iaitu Gauri sememangnya gemar bereksperimentasi dengan dekorasi kediamannya.

Difahamkan, ibu kepada tiga anak itu kini sedang menunggu keputusan permohonan untuk menambah dua lagi aras banglo tersebut.

Permohonan itu sudah diajukan kepada pihak berkuasa tempatan bulan lalu, namun disebabkan rumah dibeli Shah Rukh Khan pada 2001 itu dalam kategori tahap tiga bangunan warisan, pemerintah perlu membuat perincian ketat, lapor Kosmo.

Sebelum dinamakan Mannat, kediaman yang dibina pada 1914 itu dikenali sebagai Villa Vienna dan bintang Pathaan itu tertarik untuk membelinya ketika penggambaran Yes Boss.

Selain dilengkapi balkoni ikonik yang menjadi lokasi Shah Rukh Khan melambai kepada peminat setiap kali hari penting, Mannat turut mempunyai dua ruang bawah tanah serta enam aras sedia ada.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan