Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Rumah Ebby Yus dihanyutkan banjir

Baru semalam meninjau kerja-kerja yang hampir siap, kini rumah impian Ebby lenyap sekelip mata, menyebabkan rugi hampir RM200,000.

Anggaran Waktu Membaca:
 Rumah Ebby Yus dihanyutkan banjir

(Gambar: ihsan Ebby Yus menerusi Facebook/myartisdotcom)

KUALA LUMPUR: Bayangkan rumah yang sedang dibina dan hampir siap setelah menabung hasil titik peluh selama tiga dekad, musnah sekelip mata akibat dihanyutkan air bah.

Itulah nasib yang menimpa pelawak Malaysia, Ebby Yus apabila rumahnya dihanyutkan air deras dalam bencana banjir di Kuala Langat, Selangor, pada Sabtu (18 Dis), lapor BH Online.

Kejadian malang itu menyebabkan Ebby atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, kerugian hampir RM200,000 (S$64,850).

Rumah yang terletak di tanah seluas setengah ekar di kawasan penempatan itu tinggal 10 peratus siap apabila ia dihanyutkan.

Ebby memberitahu BH Online, dia dan pembantu peribadi baru saja melihat kerja-kerja akhir pembinaan rumah dua tingkat itu termasuk proses memasang kertas hiasan dinding, tengah hari semalam.

"Tanpa disangka, musibah datang hingga habis rumah yang dibina menggunakan separuh batu dan separuh lagi kayu 'lenyap' dalam kejadian banjir, petang semalam.

"Inilah rumah impian saya sejak lebih 30 tahun berkecimpung dalam arena seni... Saya akur dengan ketentuan ini," katanya kepada BH Online.

"Setiap kali dapat bayaran berlakon, saya peruntukkan untuk rumah itu. Kali terakhir selepas dapat bayaran daripada penerbit sitkom Jenaka Kampung Kalut ( JKK), saya lunaskan baki bayaran projek pembinaan rumah itu," ceritanya lagi.

Ebby yang berasal dari Negeri Sembilan, memberitahu BH Online yang dia menyewa di Kampung Baru di Kuala Lumpur sejak 20 tahun lalu.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan