Skip to main content

Hiburan

Ruffedge kembali dengan konsert jelajah 'That Moment In Time'; bertemu peminat SG pada 10 Jun

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Kumpulan R&B terkenal, Ruffedge bakal menggegarkan konsert jelajah berskala besar, Ruffera ‘That Moment In Time’ bermula Jun hingga Ogos.

Bakal membawakan lagu-lagu hits antaranya Bila Rindu, Khayalan, Lemas dan beberapa lagu menerusi album terbaru, Ruffedge menjanjikan persembahan yang bakal diingati penonton, lapor Astro AWANI.

Anggota kumpulan Ruffedge, Azan memaklumkan persiapan sedang giat dijalankan, memandangkan konsert bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Sebagai anggota berkumpulan, menjadi rutin kami untuk berkumpul dan berlatih bersama.

“Bagi kami, ini penting untuk mengekalkan 'chemistry' untuk elak rasa ‘off’ terutama ketika berada di pentas. Jadi sebagai ahli kumpulan, rutin ini normal basis,” katanya ketika ditemui di sidang media konsert Ruffera ‘That Moment In Time’ di Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tunku Bainun, Taman Tun Dr Ismail pada Rabu (12 Apr).

Tambah Azan, beliau bersama anggota lain termasuk Cat, Mode, Sein dan Zain memohon doa peminat agar mereka diberi kesihatan sempurna menjelang konsert.

“Kalau konsert berskala besar kita tak boleh rasa selesa, kita tetap akan buat latihan sebaik mungkin. Doakan kita sihat sebelum konsert.

“Latihan giat dilakukan di studio demi memberikan kepuasan maksimal untuk peminat yang hadir nanti,” katanya.

Lebih istimewa, konsert jelajah itu bakal memulakan persembahan di Singapura pada 10 Jun.

Tiket konsert jelajah selama dua jam yang dibawakan oleh YOLO Malaysia akan mula dijual bermula 20 April ini.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman sosial YOLO Malaysia dan Ruffedge atau yoloasia.com.
Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita