Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Rozita Che Wan jual tudung bertatah mutiara selepas inai keluarannya tembusi pasaran M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
Rozita Che Wan jual tudung bertatah mutiara selepas inai keluarannya tembusi pasaran M'sia

(Gambar: Instagram/rozitachewan1)

Diterbitkan : 22 Jan 2023 10:12PM Dikemas Kini : 22 Jan 2023 10:13PM

KUALA LUMPUR: Pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan tampil memperkenalkan keluaran tudung bawal bertatahkan mutiara di media sosial sejak Sabtu (21 Jan).

Mengetengahkan kualiti terbaik untuk wanita bertudung, usahawan berusia 50 tahun itu juga menjual tudung pada harga mampu milik iaitu RM25 (S$8) sahaja.

“Alhamdulillah, saya sendiri tidak sangka akan mendapat sokongan sebegini. Terima kasih kepada semua yang tidak jemu-jemu menyokong terutama para stokis (pembekal) yang sentiasa berada di belakang saya,” katanya, lapor agensi berita Astro Awani.

Selebriti yang lebih mesra dikenali sebagai Che Ta mempromosikan tudung bawal keluaran terbarunya dalam sebuah video yang dimuat naik ke akaun TikToknya.

Pada September tahun lalu, pelakon drama 'Jesnita' itu memperkenalkan inai 'instant' mampu milik, Mazaville (Inai Che Ta) yang diusahakan bersama rakannya, Anas Zahrin yang mana sebanyak 100,000 kotak berjaya dijual.

Kongsi Che Ta, beliau berusaha untuk membantu membangunkan ekonomi kaum wanita termasuk suri rumah menjana pendapatan, seperti dipetik oleh Astro Awani.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan