Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Rozita Che Wan diiktiraf dalam kalangan 100 CEO Muda Terbaik

Pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan, adalah antara 20 usahawan yang meraih anugerah bagi kategori Wanita Dalam Perniagaan di majlis ‘100 Top Young CEO’ atau 100 CEO Muda Terbaik. Anjuran Ikon Malaysia, majlis tersebut berlangsung pada malam Selasa (14 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Rozita Che Wan diiktiraf dalam kalangan 100 CEO Muda Terbaik

(Gambar: Rozita Che Wan/Instagram)

Diterbitkan : 15 Aug 2019 10:35PM Dikemas Kini : 15 Aug 2019 10:36PM

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan, adalah antara 20 usahawan yang meraih anugerah bagi kategori Wanita Dalam Perniagaan di majlis ‘100 Top Young CEO’ atau 100 CEO Muda Terbaik. Anjuran Ikon Malaysia, majlis tersebut berlangsung pada malam Selasa (14 Ogos).

Rozita, atau lebih mesra disapa Che Ta, menganggap pengiktirafan tersebut sebagai pembakar semangat untuk beliau terus berusaha melebarkan empayar perniagaannya.

“Sememangnya bukan mudah untuk saya menggalas tugas sebagai isteri, ibu dan ahli perniagaan pada masa sama. Saya juga terbabit dalam bidang seni.
“Justeru, anugerah ini pastinya mendorong saya untuk berusaha lebih kuat dalam melebarkan empayar perniagaan dan mencari rezeki untuk keluarga,” ujarnya ketika ditemui Astro Gempak.

Menurut selebriti yang mempunyai tiga cahaya mata itu, anugerah yang dimenanginya dalam bidang perniagaan juga boleh dianggap sebagai galang ganti kepada kegagalannya meraih trofi di arena seni.

“Sudah lebih sedekad saya membabitkan diri dalam lakonan dan setakat ini, belum ada rezeki untuk saya menang sebarang anugerah.

“Saya hanya berpeluang menjadi calon akhir beberapa acara seperti Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 25, Anugerah Skrin dan Anugerah Sri Angkasa.

“Saya masih ingat, pada ABPBH 2011, saya bersaing dengan nama besar seperti Fasha Sandha, Tiz Zaqyah, Scha Alyahya dan Nora Danish dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular. Ketika itu, rezeki berpihak kepada Fasha. Namun, ia tetap menjadi kenangan manis untuk saya.

“Jadi, anugerah yang menghargai pembabitan saya dalam dunia perniagaan umpama galang ganti. Saya sendiri sudah memperlahankan kerjaya seni sejak beberapa tahun lalu bagi memberikan tumpuan kepada bidang produksi, selain bisnes dan pengacaraan,” kongsi beliau lanjut.

Menurut Astro Gempak, Che Ta pernah diumumkan sebagai penerima anugerah ‘The 100 Most Influential Young Entrepreneurs’ atau 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh pada tahun 2017. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan