Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Roy Azman elak lakon watak antagonis, ingin jaga nama baik anak-anak

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Pelakon 'otai' Roy Azman memberitahu dia kini seboleh-bolehnya mengelak untuk menerima tawaran watak antagonis.

Menurut Roy, dia tidak mahu anak-anak terkesan dengan watak yang dibawa hingga menjadi bahan ejekan kepada anak-anaknya yang semakin membesar, lapor Astro Gempak.

Justeru, kata Roy, di usianya kini dia lebih selesa untuk memegang watak yang bersifat positif.

"Sekarang saya mengaku saya memang agak memilih dan kalau mana-mana pengarah beri saya watak terlalu jahat saya memang tolak.

"Tetapi kalau watak itu perlu jadi jahat yang tidak melampau saya masih boleh pertimbangkan.

"Tanyalah mana-mana mereka (pelakon) yang mempunyai anak semakin membesar, kebanyakan mereka pun akan macam saya, mereka akan pilih watak," katanya kepada Gempak.

Roy Azman ditemui pada majlis Pelancaran Tagline Baharu SINAR 'Muzik Retro Terbaik' baru-baru ini.

Roy juga tidak menafikan sehabis baik cuba positifkan diri apabila kerap mendapat komen kebencian ketika melakonkan watak jahat.

"Orang senanglah cakap suruh saya jangan baca komen atau mesej. Asalkan sudah dapat buat duit, saya patut buat tak tahulah.

"Tapi, tidak semudah itu ya," ringkasnya.

Untuk rekod, selain berlakon dan menjadi penyampai radio, Roy pernah dipilih sebagai juri dalam program realiti Kilauan Emas bergandingan bersama Erra Fazira dan Hattan tahun lalu.

Mula berlakon sejak berumur 18 tahun semasa akhir era 1980-an, kemudian Roy berkahwin dengan bekas ahli kumpulan Princess, Rafidah Razali pada 11 Mac 2006.
Hasil perkahwinannya, dia dikurniakan lima orang cahaya mata.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan