Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Rosyam Nor gesa artis antivaksin tarik diri, elak susahkan orang lain

Pelakon terkemuka Malaysia Rosyam Nor menggesa para artis yang belum mendapatkan suntikan lengkap vaksin COVID-19 mahupun golongan antivaksin agar menolak tawaran berlakon, lapor Astro Gempak.

Anggaran Waktu Membaca:
Rosyam Nor gesa artis antivaksin tarik diri, elak susahkan orang lain

Gambar: iamrosyam/Instagram

Diterbitkan : 10 Sep 2021 06:09PM Dikemas Kini : 10 Sep 2021 06:13PM

PETALING JAYA: Pelakon terkemuka Malaysia Rosyam Nor menggesa para artis yang belum mendapatkan suntikan lengkap vaksin COVID-19 mahupun golongan antivaksin agar menolak tawaran berlakon, lapor Astro Gempak.

Kata beliau, kesedaran itu perlu wujud daripada diri individu agar tidak membawa risiko kepada pihak lain disebabkan kedegilan sendiri.

"Seluruh rakyat berdepan masalah kehidupan dan ekonomi sepanjang pandemik, jadi apabila peluang dibuka diharapkan patuhlah.

"Kalau seseorang pelakon itu antivaksin atau belum lengkap vaksin, sepatutnya mereka sendirilah yang ambil keputusan untuk menolak atau menarik diri sekiranya ditawarkan berlakon," ujarnya.

Rosyam ditemui Astro Gempak di sidang media maya pelancaran wajah baru TV9 pada Khamis (9 Sep).

Dalam pada itu, tegas Rosyam lagi, pelakon atau artis sedemikian yang perlu sedar diri agar tidak menyusahkan pihak lain yang ingin mencari pendapatan apabila sektor industri kreatif baru mula bernafas.

"Semua orang nak bekerja kalau dia rasa tak nak vaksin, kita tak marah pun tapi jangan menyusahkan orang lain yang nak bekerja," tambahnya.

Kelmarin, pelakon veteran Fauziah Nawi menyatakan kekesalan terhadap sikap degil dan mementingkan diri sendiri segelintir produser yang mengambil pelakon antivaksin untuk berlakon.

Hal itu berkemungkinan membawa risiko kepada industri seni sekiranya kebenaran untuk bekerja ditarik balik, menurut laporan Astro Gempak itu.

Perdana Menteri Malaysia menerusi sebuah kenyataan pada Selasa (7 Sep) memaklumkan bahawa semua penggiat industri kreatif yang lengkap dua dos vaksin dibenarkan untuk kembali bergiat di negeri yang berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 9 September 2021.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan