Rosyam Nor dikritik atas komen wanita "berlagak" kalau sudah berduit
Anggaran Waktu Membaca:

(Petikan gambar: suhanmovies/TikTok)
MALAYSIA: Pelakon dan penerbit mapan Malaysia Rosyam Nor hebat dikritik sebilangan netizan gara-gara mendakwa wanita akan "berlagak" kalau mereka berduit.
Menerusi video podcast di akaun TikTok Suhan Movies, Rosyam juga dilaporkan berkata segelintir wanita yang mempunyai kewangan lebih daripada lelaki, akan mula pandang rendah terhadap suaminya.
“Sebab perempuan ini, bila dah bekerjaya, dah ada duit banyak, dia berlagak… walaupun dia isteri. Dia cakap dah tinggi, kebanyakan macam itu, bukan semua," kata Rosyam seperti yang ditukil Astro Gempak.
“Kebanyakannya perempuan ini bila dah ada duit, dia ego… dengan suami kata: ‘You tahu tak, I penat. You dah balik cepat, you tolong la buat sekali. I kerja, you kerja, tolong la buat sekali’. Tapi sebahagian saja."
Rosyam seterusnya mengaitkan keegoaan wanita yang disebutkan dengan keretakan rumah tangga.
“Ada juga perempuan yang ada duit, pakai cantik, bila tengok lelaki sendiri kata... ‘Apa laki aku kahwin rupa macam ini’. Lepas itu dia tengok jantan dekat luar lebih menarik.
“Orang dekat luar lebih hargai dia dan berlaku la pergolakan rumah tangga. Pergolakan rumah tangga ini boleh jadi sebab isteri itu ada duit."
Pandangan Rosyam bagaimanapun dibidas usahawan dan CEO Usanita, Adzliana, yang turut serta dalam podcast berkenaan, lapor Astro Gempak.
Karyawan itu menegur bahawa pasangan suami isteri perlu saling bertolak ansur memandangkan wanita sama-sama memikul tanggungjawab mencari rezeki buat keluarga pada dewasa ini.
Rata-rata netizen lebih menyokong kenyataan Adzlina berbanding Rosyam. Malah ramai kaum Adam tidak setuju dengan pandangan Rosyam.
"Lemah. Tak pandai urus wanita berjaya," kritik seorang pengguna di media sosial.
Seorang lagi menulis: "Mana data dia ambil? Sebagai seorang suami yang punya isteri berkerjaya, bila isteri naik gaji, isteri naik pangkat, wajar kita raikan. Dan jadikan motivasi agar kita suami bertambah berjaya."
Ada juga berpendapat lelaki atau wanita sama sahaja apabila berada di kedudukan yang tinggi.

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.