Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa pada harga 'jimat'
Anggaran Waktu Membaca:

Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang. (Gambar: SCTV/YouTube)
SUMEDANG: Penyanyi Indonesia Rossa kini mempunyai cara yang unik untuk berkongsi rezeki di bulan Ramadan ini.
Beliau telahpun membuka warung yang didirikan bersama beberapa sahabatnya dan menjual juadah berbuka puasa dengan harga yang cukup 'jimat'.
Salah satu menu yang disediakan di warung yang diberi nama Sawios di kampung halamannya di Sumedang malah hanya berharga S$0.16!
Bahkan juadah yang disediakan akan laris setiap hari dengan jualan beratus-ratus paket dijual.
“Sebenarnya ini (warung) lebih kepada memberi manfaat. Kebetulan saya bersama teman-teman di kampung usahakan warung ini setiap hari sepanjang bulan Ramadan.
“Jadi biasanya menu yang dijual pada harga sekitar RM4.50 (S$1.36) hanya dijual serendah 54 sen (S$0.16). Setiap hari sepanjang Ramadan ini,” ujar Rossa seperti dilaporkan Kompas.
Menurut pelantun Tegar ini lagi, harga juadah yang murah dipengaruhi banyaknya sumbangan yang diterima daripada pelbagai pihak.
“Setiap kali Ramadan tiba, banyak pihak yang memberi sumbangan. Jadi kami fikir, mengapa harus dibayar (pembeli)?
"Cuma kami ambil sedikit wang untuk tampung pembelian barang basah bagi penyediaan makanan esok hari,” jelas Rossa, seperti dilaporkan Kompas.
Dengan inisiatif yang dijalankan, Rossa berharap agar ada banyak pihak lain yang bermotivasi untuk melakukan hal serupa.
“Mudah-mudahan jadi motivasi rakan lain untuk berkongsi di bulan mulia ini,” tambahnya.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.