Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Roslan Shah mohon maaf kepada Jamal Abdillah; mahu laksanakan umrah dengan tenang

"Saya harap apabila pulang dari umrah nanti, saya dan Jamal dapat duduk bersembang dengan lebih tenang dan baik," kata Roslan Shah.

Anggaran Waktu Membaca:
Roslan Shah mohon maaf kepada Jamal Abdillah; mahu laksanakan umrah dengan tenang

(Gambar: Facebook/Roslan Shah)

KUALA LUMPUR: Pengacara Roslan Shah berlapang dada memohon maaf kepada penyanyi Jamal Abdillah untuk tidak memanjangkan perselisihan faham yang berlaku antara mereka sebelum ini, lapor mStar.

Ini, kata Roslan, supaya beliau dapat berangkat bagi menunaikan umrah dengan jiwa yang tenang dan memberi tumpuan kepada ibadah di sana.

"Saya tidak mahu panjangkan cerita ini. Saya mohon maaf kepada Jamal atas apa yang telah berlaku sebelum ini. Diharapkan segala kekeliruan dapat diselesaikan.

"Orang juga asyik bertanya tentang hal ini, jadi saya tak mahu jiwa saya tak tenang apabila berada di Makkah nanti.

"Eloklah kita bermaafan. Apa yang berlaku jadi pengajaran untuk saya menjadi lebih baik selepas ini," kata Roslan kepada mStar.

Roslan bagaimanapun belum menghubungi Jamal secara peribadi bagi menyampaikan hasratnya itu.

"Beberapa hari ini saya sibuk menguruskan beberapa urusan. Jadi belum sempat untuk menghubungi atau berjumpa secara bersemuka dengan Jamal.

"Saya harap apabila pulang nanti, kami dapat duduk bersembang dengan lebih tenang dan baik," kata beliau kepada mStar.

Perselisihan faham antara Roslan dengan Jamal bermula apabila raja pop itu dikatakan membatalkan kehadirannya pada saat-saat akhir bagi acara yang berlangsung di Singapura baru-baru ini.

Roslan yang dipertanggungjawabkan menguruskan penampilan penyanyi itu di sini dikatakan perlu membayar ganti rugi S$10,000 selepas Jamal tidak membuat penampilan.

Namun, dakwaan itu disangkal Jamal yang memberitahu beliau tidak pernah memberi sebarang persetujuan untuk hadir bagi acara itu di Singapura.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan