Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Roni, pelakon tempatan yang bintangi sitkom saluran 8 Don't Worry Be Happy, meninggal dunia

Salah satu sitcom Mediacorp yang pernah popular di Saluran 8 satu ketika dahulu, memperkenalkan penonton tempatan kepada sebilangan watak ikonik, termasuk kakitangan stesen minyak Ali, yang dipegang Khaironi Salleh, atau lebih mesra dengan panggilan Roni.

Anggaran Waktu Membaca:
Roni, pelakon tempatan yang bintangi sitkom saluran 8 Don't Worry Be Happy, meninggal dunia

Allahyarham Khaironi Salleh pernah memegang watak Ali dalam sitkom saluran 8, Don't Worry Be Happy. (Gambar: Today)

Diterbitkan : 21 Jun 2022 07:52PM Dikemas Kini : 21 Jun 2022 08:09PM
SINGAPURA: Salah satu sitcom Mediacorp yang pernah popular di Saluran 8 satu ketika dahulu, memperkenalkan penonton tempatan kepada sebilangan watak ikonik, termasuk kakitangan stesen minyak Ali, yang dipegang Khaironi Salleh, atau lebih mesra dengan panggilan Roni.

Dua hari lalu (19 Jun) para peminat rancangan tersebut dikhabarkan dengan berita pemergian Roni, apabila pembaca berita saluran 8 Evelyn Lam berkongsi catatan di laman Facebook bagi memperingati lelaki yang pernah menjadi rakan kerjanya itu.

"Saya kehilangan seorang teman hari ini. Luluh hati saya. Beliau mengajar saya bahawa untuk menjalani kehidupan, saya harus 'Don't worry be happy' (tidak usah risau, bergembiralah). Beliau memang selalu begitu. Ke mana sahaja beliau pergi, akan ada hilai tawa. Roni, selamat jalan...," antara yang ditulis Evelyn.

BEKERJA DI MEDIACORP SELAMA 37 TAHUN

Sebelum pemergiannya, Roni bekerja sebagai seorang jurukamera kanan bersama Mediacorp dan sudah bekerja dengan syarikat tersebut selama 37 tahun.

Beliau juga pernah bekerja dalam pelbagai pasukan penyuntingan dan bekerja di Biro CNA di Indonesia selama lebih 10 tahun lamanya.

"Kami amat bersedih atas pemergian rakan dan rakan kerja yang kami sayangi, Jurukamera Kanan Khaironi Salleh.

"Ini adalah kehilangan besar bagi keluarga Roni, rakan-rakan dan rakan-rakan kerjanya dalam keluarga Mediacorp.

"Kami menyampaikan takziah yang mendalam dan akan melakukan sedaya upaya kami untuk membantu semua kakitangan kami yang sedang bersedih," menurut Mediacorp dalam kenyataan medianya.

Roni sangat disenangi dalam kalangan rakan-rakan sekerjanya dan ramai rakan sekerja juga memuat naik catatan di laman media sosial masing-masing dan bahagian komen Evelyn bagi memperingati jasa beliau.

'Don't Worry Be Happy' ditayangkan di Saluran 8 dari 1996 hingga 2002.

Ia turut dibintangi Chew Chor Meng, Quan Yifeng dan May Phua.
Sumber : Today/IM/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa