Skip to main content

Hiburan

Robbie Williams, Jackson Wang, Post Malone bakal gegarkan pentas Grand Prix SG F1

Anggaran Waktu Membaca:
Robbie Williams, Jackson Wang, Post Malone bakal gegarkan pentas Grand Prix SG F1

Bintang pop dari Britain, Robbie Williams, semasa membuat persembahan di upacara pembukaan Piala Dunia Rusia sebelum perlawanan pertama antara Rusia dan Arab Saudi pada 14 Jun 2018 di Stadium Luzhniki di Mosko. (Gambar: Patrik Stollarz/AFP)

Diterbitkan : 18 Apr 2023 04:18PM Dikemas Kini : 18 Apr 2023 04:20PM

SINGAPURA: Robbie Williams, Jackson Wang dan Post Malone adalah antara artis yang diumumkan akan membuat persembahan di Grand Prix Singapura Formula One Singapore Airlines yang berlangsung mulai 15 hingga 17 September.

Menurut pengumuman pada Selasa (18 Apr), Post Malone yang dicalonkan bagi Anugerah Grammy akan menghiburkan peminat pada 16 September, manakala bintang pop dari Britain, Robbie Williams, pula akan membuat persembahan pada 17 September.

Jackson Wang akan bertemu peminat pada hari pertama Grand Prix - 15 September - selain persembahan oleh label rekod 88rising, termasuk Rich Brian, NIKI dan Warren Hue.

Jackson Wang (kiri) akan menghiburkan peminat pada 15 September 2023, manakala Post Malone (kanan) pula pada 16 September. (Gambar: jacksonwang852g7/Instagram; postmalone/Instagram) 

Lebih ramai artis dijangka diumumkan pada masa mendatang.

Semua artis yang baru sahaja diumumkan, akan membuat persembahan di Pentas Padang Zon 4.

Grand Prix Singapura tahun lalu menyaksikan persembahan oleh Green Day, Black Eyed Peas, Westlife dan The Kid Laroi.

Tiket bagi perlumbaan tahun ini sudahpun mula dijual dan boleh dijual menerusi pautan ini, dengan tiket paling murah berharga S$128 untuk sehari.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita