RM1 juta diraih dalam 3 minit 39 saat ketika produk kedua Khairul Aming dilancarkan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Instagram/@khairulaming
KOTA BHARU: Pempengaruh media sosial, Khairul Aming pada Jumaat (2 Dis) mencatatkan sejarah apabila berjaya mencatat angka jualan RM1 juta (S$280,000) dalam tempoh 3 minit 39 saat.
Sempena kempen jualan 2.2 di TikTok Shop, Khairul Aming, atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, memulakan sesi jualan produk Dendeng Nyet Berapi secara langsung pada pukul 9.00 malam, lapor Astro Awani.
“Pasukan kami bekerja kuat untuk bangunkan produk ni, saya amat terharu dengan sokongan anda,” katanya dalam sesi penstriman langsung di TikTok Shop, yang diadakan di kilangnya pada Jumaat sempena kempen jualan 2.2.
Ia merupakan rekod baharu dalam sejarah TikTok Shop sebagai platform jualan online di Malaysia.
Pada masa yang sama, sesi siaran langsung Khairul Aming juga berjaya mencapai sebanyak 3.3 juta tontonan.
Produk Dendeng Nyet Berapi merupakan produk kedua Khairul Aming.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.