Skip to main content

Hiburan

'Retak' lagu Melayu kedua Han Byul

Juara Big Stage 2019, Han Byul, kini tampil dengan lagu terbaru yang berjudul 'Retak'.

Anggaran Waktu Membaca:
'Retak' lagu Melayu kedua Han Byul

Penyanyi Korea Selatan Han Byul yang semakin menempah nama di Malaysia. (Gambar: onestarbyul/Instagram)

Diterbitkan : 07 Mar 2020 01:49PM Dikemas Kini : 07 Mar 2020 01:50PM

KUALA LUMPUR: Juara Big Stage 2019, Han Byul, kini tampil dengan lagu terbaru yang berjudul 'Retak'.

Lagu itu ditulis oleh Amylea Azizan dengan Farouk Roman selaku penggubah lagunya, lapor portal Gempak.

Kali pertama bekerja dengan Farouk, Han Byul akui bahawa proses rakaman 'Retak' membuka matanya akan cara mendalami aspek penyampaian lagu Bahasa Melayu terutama sekali dari sudut emosi.

"'Retak' sebenarnya menguji saya supaya lebih memahami tuntutan sesebuah lagu, terutamanya dalam menyalurkan emosi. Ia antara aspek penting dalam proses rakaman sesebuah lagu.

"Saya semakin selesa untuk meletakkan emosi pada setiap perkataan, malah berusaha menterjemahkan perasaan itu dengan cara tersendiri," Han Byul memberitahu Gempak.

"Penguasaan bahasa Melayu yang semakin baik dan sebutan perkataan yang lebih lancar membuatkan saya lebih yakin ketika merakamkan 'single' ini", ujarnya.

Penyanyi asal Korea Selatan itu menambah lagu 'Retak' merupakan antara lagu yang paling sukar dirakamkan sepanjang beliau bergelar penyanyi.

"Saya akui, 'Retak' adalah antara lagu yang paling sukar pernah saya rakamkan sepanjang perjalanan kerjaya sebagai penyanyi.

"Kesukaran paling utama adalah untuk mengangkat kesedihan dan menerapkan emosi yang mendalam pada lagu ini," katanya. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita