Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Remy Ishak, Ashraf Muslim antara penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran Melaka

Anggaran Waktu Membaca:
Remy Ishak, Ashraf Muslim antara penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran Melaka

(Gambar: remyishak, ashrafmuslim/Instagram)

MELAKA: Pelakon Remy Ishak dan Ashraf Muslim antara penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Mohd Ali Rustam pada Ahad (25 Ogos).

Remy atau nama sebenarnya Mohamad Zalimei Ishak menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran 'Datuk' manakala Mohd Ashraf Muslim menerima Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T).

Remy, ketika ditemui media berkata beliau tidak menyangka terpilih menerima anugerah pada Ahad (25 Ogos) yang disifatkannya sebagai sangat bermakna sepanjang kerjaya bergelar anak seni, sejak kira-kira 20 tahun lepas.

“Memang tak pernah bermimpikan pun sebenarnya (untuk menerima gelaran 'Datuk')… mencari gelaran itu tidak, tapi diberikan hadiah kepada saya," ujarnya.

“Ia memberi satu suntikan semangat kepada saya untuk lebih berjaya pada masa akan datang sekali gus memberi galakan kepada anak-anak muda di negeri ini untuk mengejar cita-cita mereka."

Sementara itu, Ashraf berkata menerima B.K.T merupakan satu ganjaran besar buat dirinya semenjak menceburkan diri dalam dunia seni kira-kira 20 tahun dahulu.

“Ia boleh juga menjadi pemangkin kepada artis-artis di luar sana untuk lebih aktif bagi mendapat pengiktirafan sebegini rupa,” katanya.
Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan