Rayakustika 2026 tampil lebih segar & santai
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Gabungan muzik, lawak jenaka dan kisah menyentuh jiwa bakal mewarnai Rayakustika 2026 yang akan menemui penonton malam ini sempena Aidiladha.
Berbeza daripada edisi terdahulu, rancangan tahun ini tampil dengan pendekatan lebih santai tanpa meninggalkan mesej tentang kesyukuran, pengorbanan dan kekeluargaan.
Rayakustika kali ini menggabungkan unsur lawak jenaka, muzik orkestra secara langsung dan kisah kehidupan yang dekat dengan realiti masyarakat - tanpa meninggalkan mesej tentang kesyukuran, pengorbanan dan kekeluargaan.
Begitulah semangat rancangan Rayakustika tahun ini.
Menurut penerbit eksekutifnya, Wan Firzaleenazrah, ia dilakukan bagi memberi pengalaman berbeza kepada penonton.
"Tahun-tahun yang lalu, Rayakustika sebenarnya dari segi pendekatan adalah lebih syahdu. Jadi pada tahun ini pasukan penerbitan Team Production kami berfikir cara pendekatan yang berbeza. Jadi, kami ingin mencuit dan mengusik hati penonton dengan melalui gurau senda. Tapi dari gurau senda itu ada tersirat mesej-mesej yang sangat dekat dengan Hari Raya Haji."
Rancangan selama sejam itu menampilkan gandingan personaliti Nurul Aini dan Khairudin Samsudin yang memainkan peranan sebagai adik-beradik dalam suasana perhimpunan Aidiladha yang intim di rumah keluarga mereka.
"Bila soalan diajukan kepada tetamu-tetamu, semuanya soalan tentang kesyukuran, tentang pengorbanan, tentang bila mereka menjalani ibadah umrah dan sebagainya. Jadi saya rasa yalah, untuk kita dapat mengimbangi keduanya dengan baik," ujar Nurul Aini.
Dari seberang tambak, penyanyi undangan dari Malaysia, Naqiu pula menyifatkan kemunculannya dalam Rayakustika sebagai cukup istimewa selepas lebih dua dekad tidak muncul dalam program televisyen Singapura.
"Terakhir dahulu masa saya umur 16 ke 17 (tahun), saya ada menjayakan program untuk program TV di Singapura. Dan selepas 20 tahun lebih ini baru saya kembali semula. Dan lebih manisnya sebab program istimewa kan, raya - Raya Aidiladha.
Dengan gabungan persembahan muzik, sketsa bersahaja dan kisah-kisah penuh makna, Rayakustika 2026 menjanjikan sebuah sambutan Aidiladha yang hangat dan menyentuh jiwa, termasuk kisah kehilangan ahli keluarga, pengalaman menunaikan umrah dan pengorbanan demi keluarga.
Antara detik yang dijangka menyentuh emosi penonton termasuk perkongsian penyanyi tempatan Sarah Aqilah tentang kehilangan ahli keluarga.
"Saya tak dapat bayangkan macam mana suasana hari raya dia setiap tahun. Kalau sekiranya saya berada di tempat dia, entah saya tak rasa saya sekuat dia, lah" ujar Nurul Aini.
Juga pengalaman Rahimah Rahim menunaikan haji, serta pengorbanan Naqiu sepanjang 25 tahun bergelar anak seni.
Kata Naqiu, "Saya kongsikan macam mana saya berkorban untuk diri saya, karier saya dan keluarga saya sepanjang saya menjadi anak seni ni."
Rayakustika 2026 menjanjikan sebuah sambutan Aidiladha yang hangat, menghiburkan dan penuh makna untuk seisi keluarga. Rayakustika 2026 bakal menemui penonton malam ini sejurus selepas Berita di Suria dan juga MeWATCH.

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.