Skip to main content

Hiburan

Ratu rock Malaysia bakal gegarkan SG pada Mei

Ratu Rock Malaysia, Ella, akan kembali ke Singapura untuk menghiburkan para peminatnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Ratu rock Malaysia bakal gegarkan SG pada Mei

Penyanyi Malaysia Ella akan mengadakan konsert di Singapura pada 9 Mei 2026. (Foto: Instagram/ellaaminuddins)

Diterbitkan : 30 Mar 2026 12:28PM Dikemas Kini : 30 Mar 2026 01:03PM
SINGAPURA: Ratu Rock Malaysia, Ella, akan kembali ke Singapura untuk menghiburkan para peminatnya.

Ikon muzik berusia 59 tahun itu bakal mengadakan konsert jelajah Singapura yang bertajuk "Majlis Tertinggi Rockqueen" pada 9 Mei ini di The Star Theatre.

Konsert itu merupakan persembahan pertama Ella di Singapura sejak tahun 2024.

Ella, atau nama penuhnya Nor Zila Binti Aminuddin, sudah menghiburkan penonton selama lebih tiga dekad melalui lagu-lagu popular seperti Rama Rama, Pengemis Cinta, dan Puteri Kota.

Tiket untuk konsert Ella kini sudah boleh dibeli melalui Sistic, dengan harga bermula dari S$69 hingga S$249 (sebelum yuran tempahan).

Pemegang tiket VIP juga akan berpeluang untuk menyertai sesi ramah mesra bersama Ella.

Konsert siri Malaysia bagi jelajah "Majlis Tertinggi Rockqueen" pada Februari tahun ini menyaksikan Ella membuat persembahan di hadapan hampir 60,000 penonton di Stadium Negara Bukit Jalil.

Konsert tersebut turut menampilkan ikon muzik Melayu yang lain seperti Amy Search dan Tam Spider.
Sumber : CNA/NK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita