Skip to main content

Hiburan

Ratu Dangdut SG era 80-an meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru

Jenazah penyanyi yang digelar ratu dangdut Singapura dan Malaysia, yang popular pada era 80-an, Zaleha Hamid, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Johor Bahru pada petang Jumaat (20 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Ratu Dangdut SG era 80-an meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru

Almarhumah Zaleha Hamid meninggal dunai pada usia 68 tahun. (Gambar: Mediacorp)

SINGAPURA: Jenazah penyanyi yang digelar ratu dangdut Singapura dan Malaysia, yang popular pada era 80-an, Zaleha Hamid, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Johor Bahru pada petang Jumaat (20 Jun).

Almarhumah meninggal dunia pada Khamis pukul 8.30 malam, pada usia 68 tahun akibat jangkitan paru-paru, semasa dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Menurut suaminya, Almarhumah Zaleha Hamid mula mengalami sesak nafas pada Khamis pukul 6.00 petang, semasa pihak keluarga memberi susu menerusi tiub.

Almarhumah Zaleha Hamid mula dimasukkan ke hospital pada hari kedua Hari Raya Haji.

Suaminya, Ungku Sulaiman Ungku Aziz berkata Almarhumah memang sudah terlantar sakit disebabkan angin ahmar sejak 2020.

Penyanyi bersuara emas itu pernah mewarnai dunia hiburan Malaysia dan Singapura seawal era 1970-an.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita