Ratu cantik Indonesia Putri Andriani Juficha meninggal dunia pada usia 25 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
Kematian Putri Andriani Juficha diumumkan Miss Grand Indonesia pada Sabtu (15 Ogos). (Gambar: Instagram/@pijeypj)
JAKARTA: Ratu cantik Indonesia Putri Andriani Juficha meninggal dunia pada usia 25 tahun.
Berita kematiannya diumumkan pada Sabtu (15 Ogos), hari yang menurut laporan media merupakan ulang tahunnya yang ke-26.
Putri merupakan naib juara pertandingan Miss Grand Indonesia 2025 dan menyandang gelaran Miss Earth Indonesia 2025.
Pertubuhan Miss Grand Indonesia mengumumkan pemergiannya menerusi media sosial.
"Dengan rasa dukacita yang amat mendalam, Pertubuhan Miss Grand Indonesia meratapi pemergian Putri Andriani Juficha," menurut catatan di Instagram.
Pertubuhan itu menyifatkan Putri bukan sekadar pemegang gelaran, tetapi sebahagian daripada keluarga Miss Grand Indonesia yang menyentuh hati ramai dengan keperibadian, kekuatan dan semangatnya.
Pertubuhan Miss Earth turut memberi penghormatan kepada Putri menerusi Instagram, dengan menyatakan kenangan terhadapnya akan terus kekal meskipun hayatnya terlalu singkat.
Punca kematiannya belum didedahkan kepada umum.
AKTIF DALAM ADVOKASI ALAM SEKITAR
Menurut Missosology, sebuah wadah media yang memberi tumpuan kepada pertandingan ratu cantik di seluruh dunia, Putri berasal dari Sulawesi Utara.
Beliau memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi dan sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang undang-undang.
Putri turut dikenali dengan penglibatannya dalam usaha memperjuangkan isu alam sekitar.
Beliau menyokong projek berkaitan kitar semula dan pengurusan sampah di sungai.

Sumber : CNA/FD/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.