Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Rapper Takeoff, 28 tahun, maut ditembak

Anggaran Waktu Membaca:
Rapper Takeoff, 28 tahun, maut ditembak

Gambar: AFP

Diterbitkan : 02 Nov 2022 08:47AM Dikemas Kini : 02 Nov 2022 08:47AM
NEW YORK: Penyanyi rap, Takeoff dari kumpulan trio hip-hop, Migos, maut ditembak di pusat permainan boling di Houston, menurut polis pada Selasa (1 Nov). Beliau berusia 28 tahun.

Polis di bandar Texas itu menyatakan pihaknya menerima panggilan telefon sekitar 2.34 pagi mengenai kejadian di pusat boling itu.

Takeoff ditemui sudah meninggal dunia di tempat kejadian, tambahnya.

Dua lagi orang turut ditembak dan dibawa ke hospital. Keadaan mereka tidak serius, kata polis.

Menurut para pegawai, kejadian tembakan itu berlaku menyusuli satu pertengkaran di sebuah parti privet yang dihadiri sekitar 40 orang.

Ketua Polis Houston Troy Finner memberitahu wartawan sekurang-kurangnya dua senjata api digunakan. Namun, para penyiasat katanya "tidak mempunyai sebab untuk percaya" bahawa Takeoff atau nama sebenarnya, Kirshnik Khari Ball "terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah" ketika ditembak, atau menjadi sasaran utama tembakan itu.

Tembakan itu berlaku sejam selepas Takeoff memuat naik satu hantaran di Instagram Story (IGs).

Ruangan komen hantaran terbarunya di IG dipenuhi emoji dan ucapan sedih atas pemergian penyanyi rap yang memiliki lebih lapan juta pengikut di laman sosial itu.

Migos dianggotai Takeoff bersama pak ciknya Quavo dan sepupu, Offset. Offset adalah suami kepada rapper Cardi B.

Migos melancarkan album pertamanya berjudul "Yung Rich Nation" pada 2015 disusuli album "Culture" pada 2017 yang menduduki tangga teratas dalam carta Album Rap Top Billboard.
Sumber : AFP/SU/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa