Randy Pangalila positif Omicron
Pelakon Indonesia, Randy Pangalila, mendedahkan dirinya kini positif virus COVID-19 varian Omicron.
KUALA LUMPUR: Pelakon Indonesia, Randy Pangalila, mendedahkan dirinya kini positif virus COVID-19 varian Omicron.
Terbaring di hospital sejak Rabu lalu, Randy, 31 tahun, juga berkongsi keadaannya dimasukkan drip di bahagian tangannya.
"Yah, kebahagiaan juga berjumpa denganmu Omicron," tulis Randy di Instagramnya seperti ditukil AstroGEMPAK.
Sementara itu, isteri Randy, Chelsey Frank, turut berkongsi dapat berinteraksi dengan suaminya melalui panggilan video bersama anaknya.
"Cepat sembut papa," tulis Chelsey.
Randy menambah kepada senarai panjang artis Indonesia yang dijangkiti COVID-19 pada awal 2022.
Sebelum ini, pelakon dan pelawak Joshua Suherman serta isterinya, Clairine Clay, mendedahkan mereka dijangkiti virus sama.
Selain itu, pelakon Naysilla Mirdad turut memaklumkan dirinya dijangkiti COVID-19, menurut AstroGEMPAK.
"Setelah memasuki tahun ketiga pandemik, akhirnya aku rasa juga yang namanya COVID-19," kata Naysilla yang tidak mengalami gejala sebelum disahkan positif.
Pelakon sinetron Liontin itu mengakui adakalanya tidak mematuhi protokol kesihatan yang ketat seperti diarahkan oleh pihak berkuasa.
"Jujur sebelum ini, memang sempat longgar menjalani prokes (protokol kesihatan). Apalagi, dengar kalau Omicron ini weaker (kurang ganas) dan simptomnya lebih ringan berbanding varian lain," ujarnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.