Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Rancangan realiti Squid Game: The Challenge bakal disiarkan di Netflix Nov ini

Anggaran Waktu Membaca:
BRITAIN: Pernahkah anda terfikir bagaimana individu biasa dapat bertahan dalam drama Korea popular, Squid Game?

Sekarang anda boleh menonton 'Squid Game: The Challenge', sebuah rancangan realiti yang menampilkan 456 pemain yang bersaing untuk memenangi AS$4.56 juta (S$5.87 juta) dalam beberapa siri permainan diilhamkan oleh rancangan itu (sudah tentu tanpa sebarang kematian).

Ia diumumkan buat pertama kali pada Jun 2022, 'Squid Game: The Challenge' akan disiarkan di Netflix pada November 2023.

Platform penstriman itu mendedahkan berita tersebut di acara 'Upfront' minggu ini, di mana ia mempamerkan program dan projeknya yang akan datang.

Rancangan itu dirakam di Britain dan akan mempunyai 10 episod di mana para peserta akan disingkirkan pada setiap permainan.

Pada awal tahun ini, Netflix menyangkal dakwaan bahawa permainan dalam rancangan itu adalah berbahaya. Ia menyatakan: "Walapun permainan tidak begitu menyenangkan, peserta bersedia menghadapinya, sebarang dakwaan tentang kecederaan adalah tidak benar."

Drama sebenar Squid Game disiarkan pada September 2021 dan menjadi rancangan paling banyak ditonton di Netflix.

Siri itu mengisahkan tentang pertandingan rahsia di mana semua 456 penyerta terdesak untuk mendapatkan wang, menyertai permainan kanak-kanak yang berbahaya demi mendapatkan 45.6 bilion won (S$47.1 juta).

Pelakon utamanya Lee Jung-jae meraih Anugerah Emmy bagi Pelakon Lelaki Utama Terbaik Dalam Drama Bersiri bagi wataknya sebagai Seong Gi-hun.
 
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan