Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ramli Sarip, Mayuni Omar & Daly Filsuf pengadil peraduan terbaru Suria 'Projek Lagu'

Apa yang diperlukan untuk menulis dan menggubah sebuah lagu hit?

Anggaran Waktu Membaca:
Ramli Sarip, Mayuni Omar & Daly Filsuf pengadil peraduan terbaru Suria 'Projek Lagu'

Veteran industri muzik tanah air (dari kiri) Mayuni Omar, Ramli Sarip dan Daly Filsuf akan mengadili pertandingan menulis lagu Projek Lagu. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 04 Sep 2021 05:58PM Dikemas Kini : 04 Sep 2021 06:00PM

SINGAPURA: Apa yang diperlukan untuk menulis dan menggubah sebuah lagu hit?

Peraduan menulis lagu Melayu, Projek Lagu, akan menyusuri perjalanan 12 peserta akhir sepanjang dua bulan mereka mencurahkan daya kreatif dalam menghasilkan lagu masing-masing.

Ia bermula dari peringkat menentukan konsep lagu dan penerbitannya dan pemilihan penghibur dan bekerjasama dengan pengarah muzik hinggalah ke waktu lagu itu akhirnya dipersembahkan di atas pentas.

Persembahan akhir akan diadili oleh Papa Rock Ramli Sarip, Mayuni Omar dan Daly Filsuf berdasarkan keaslian lagu, daya kreatif, alunan serta liriknya di samping kesesuaiannya untuk tujuan komersil.

Pandangan para pengadil akan membentuk 70 peratus daripada markah keseluruhan peserta manakala baki 30 peratus pula merupakan undian penonton.

Peraduan yang dihoskan oleh artis-artis tempatan Fadli Kamsani, Fatin Amira dan Lydia Asyiqin itu akan dijalankan mengikut format penyingkiran, dengan para peserta berentap sepanjang 10 minggu untuk merebut empat tempat di pusingan akhir pada 9 November.

Juara akan memenangi wang tunai S$20,000 manakala tempat kedua S$5,000. Pemenang tempat ketiga dan keempat masing-masing akan membawa pulang wang tunai S$3,000 dan S$2,000.

Penonton boleh menyaksikan Projek Lagu di Suria dan meWATCH pada setiap Selasa, jam 8.30 malam, mulai 7 September.

Persembahan dan sorotan di sebalik tabir juga disediakan di meWATCH, meLISTEN, IGTV Suria dan saluran YouTube Mediacorp.

Anda boleh melungsuri laman Projek Lagu untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan