Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ramli Sarip, Ella bergabung dalam konsert tahun depan

Dua legenda rok, Ramli Sarip dan Ella, bakal berkongsi pentas untuk sama-sama menggegarkan 'Konsert Kembara Kita' yang akan berlangsung pada 14 dan 15 Februari tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Ramli Sarip, Ella bergabung dalam konsert tahun depan

Ella Aminuddin dan Ramli Sarip di sidang media Konsert Kembara Kita pada 30 Okt 2019. (Gambar: ellasgang/Instagram)

Diterbitkan : 08 Nov 2019 02:30PM Dikemas Kini : 08 Nov 2019 03:14PM

KUALA LUMPUR: Dua legenda rok, Ramli Sarip dan Ella, bakal berkongsi pentas untuk sama-sama menggegarkan 'Konsert Kembara Kita' yang akan berlangsung pada 14 dan 15 Februari tahun depan.

Idea untuk mengadakan konsert itu tercetus, selepas pemain gitar Allahyarham Fauzi Samin atau Aji meluahkan hasrat mahu melihat beliau dan Ella sama-sama menjayakan satu konsert, kongsi Ramli Sarip kepada Astro Gempak,

“Kembara Kita bukan sahaja menampilkan perjalanan muzik kami bersama tetapi sebahagiannya adalah ‘soul’ dan kedewasaan kami berdua. Ini adalah antara sumbangan kami kepada industri," ujar Ramli Sarip.

“Sedikit sebanyak, Kembara Kita juga adalah satu usaha untuk menjayakan impian arwah Aji yang mahu sangat-sangat konsert 'rock n roll' dan 'blues' ini menjadi kenyataan."

(Gambar: ramlisaripofficial/Instagram)

(Gambar: ramlisaripofficial/Instagram)

Sementara itu, ratu rok Ella melahirkan rasa berbesar hati apabila diberi peluang untuk bergandingan dengan Ramli Sarip bagi mengadakan konsert Kembara Kita.

“Saya percaya sudah lama peminat kami berdua menantikan konsert yang sebegini apatah lagi bila pengisiannya lebih banyak menjurus kepada lagu-lagu 'rock n roll' dan 'blues'.

“Kembara Kita bukanlah sekadar konsert yang biasa. Luar biasanya, ia bakal menampilkan perjalanan muzik kami secara peribadi, pengalaman yang dikutip selama ini, momen-momen magis yang pernah tercetus sebelum ini serta kembara kami bersama yang sudah dilupai bahkan tak pernah diperkatakan sebelum ini,” terang Ella semasa diwawancara oleh Astro Gempak.

Konsert anjuran Rasa Karya Sdn Bhd tersebut akan diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur, bermula jam 8.30 malam.

Dengan diiringi barisan pemuzik mapan, konsert selama dua jam setengah itu akan menampilkan koleksi lagu yang belum pernah lagi disaksikan di dalam mana-mana persembahan sebelum ini.

Dari persembahan solo ke segmen duet, Ramli Sarip dan Ella Aminuddin juga akan melakukan ‘kejutan’ tidak dijangka yang akan meninggalkan kepuasan buat peminat serta pengikut tegar mereka di Konsert Kembara Kita nanti.

Tiket-tiket sudahpun mula dijual pada 29 Oktober lalu dengan harga antara RM110 - RM510 (S$36 - S$167)

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila layari laman web www.ilassotickets.com

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan