Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ramlah Ram tidak setuju lagu Raya 'terlalu dimodenkan'

Anggaran Waktu Membaca:
Ramlah Ram tidak setuju lagu Raya 'terlalu dimodenkan'

(Gambar: @ramlahram383/Instagram)

SELANGOR: Penyanyi legenda Ramlah Ram mengakui tidak beberapa bersetuju dengan kehadiran lagu-lagu raya yang disuntik dengan elemen moden yang keterlaluan, lapor portal berita Gempak. 

Menurut Ramlah, beliau juga tidak bersetuju jika ada yang menganggap penghasilan muzik hanya untuk tujuan tular semata-mata.

"Karya muzik yang dihasilkan itu biarlah boleh diterima akal.

"Mungkin akan ada yang menganggap ia adalah karya yang bertujuan untuk tular semata-mata.

"Kalau boleh diterima akal, okay.

"Kalau saya secara peribadi, saya tak setuju kalau lagu Aidilfitri nak dimodenkan sangat dan keterlaluan.

"Tapi bergantung selera masing-masing. Macam saya, saya lebih sukakan lagu elemen tradisional yang boleh buat ramai mengimbau kenangan bila dengar," katanya kepada Gempak. 

Jelasnya, secara jujur, Ramlah tidak mahu industri seni diracuni oleh karya dan individu sebegini.

"Contohnya kalau orang yang nak menyanyi, biarlah dia boleh menyanyi dan janganlah semudah itu nak jadi penyanyi.

"Kita yang cintakan muzik tak mahu diracuni dan dirosakkan oleh benda sebegini.

"Bukan lagu Aidilfitri sahaja, bahkan lagu-lagu lain juga. Tapi, siapalah saya nak tegakkan pendapat saya," katanya kepada Gempak. 

Ramlah Ram berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Showcase Amal Keluarga Malaysia: Artis Legenda 3.0, di Bangi Resort Hotel baru-baru ini. 

Showcase Amal Keluarga Malaysia: Artis Legenda 3.0 ini bakal berlangsung pada 4 Jun dan akan menggabungkan barisan artis legenda seperti Ezad Lazim, Zarul Umbrella, Baggio, Tam Spider, Ibnor Riza, Rahmat Mega dan penyanyi bersuara lantang Ramlah Ram.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan