Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ramai terpesona Ziana Zain belanja lagu, tarik suara di kedai makan

Anggaran Waktu Membaca:
Ramai terpesona Ziana Zain belanja lagu, tarik suara di kedai makan

(Gambar: @suamipilihan/TikTok)

Diterbitkan : 28 Jul 2022 10:08AM Dikemas Kini : 28 Jul 2022 10:08AM

KUALA LUMPUR: Kehadiran penyanyi popular Ziana Zain di sebuah kedai makan sambil membuat 'persembahan' lagu Anggapanmu mencuri tumpuan warga net.

Video yang tular di platform Tiktok itu merakamkan Ziana dengan memakai baju berwarna jingga dan berseluar krim. 

Sementara itu, rata-rata warga net memuji suara Ziana yang dianggap masih berbisa, meskipun sudah meningkat usianya. 

"Powernya suara pinjaman Allah untuk Ziana, walaupun dah berumur masih maintain," kata seorang warga net. 

"Umur makin berusia tapi masih boleh tarik tinggi, mantap..." 

"Macam tu je dia tarik, baru gear 1, legenda!" antara balas warga net yang dipetik Gempak. 

Setakat Khamis (28 Jul), video yang dimuat naik itu mendapat 339.6 ribu tontonan dan 25.2 ribu tanda suka. 

Ziana bakal mengadakan konsert berskala besar bersama adiknya, Anuar Zain, pada 6 Ogos nanti di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). 

Terdahulu, Gempak melaporkan sebanyak 50 peratus tiket untuk konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 habis dijual dalam masa tiga jam sahaja.

Sumber : Agensi berita/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa