Ramai peminat aminkan doa Fazura ingin timang cahaya mata kedua
KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin sememangnya mempunyai ramai peminat tersendiri. Mereka juga dilihat tidak lokek berkongsi kebersamaan dengan keluarga kecil mereka di media sosial sebagai tatapan buat peminat.
Walaupun Fazura dilihat agak jarang muncul di kaca televisyen, namun beliau masih aktif di media sosial lebih-lebih lagi bagi tujuan mempromosikan perniagaan tudung yang diusahakan, seperti dinukil daripada ohmymedia.
Namun begitu, menerusi salah satu perkongsian terbaru Fazura di Instagram, beliau memuat naikkan video berjalan sambil menggayakan busana rekaan pereka terkenal, Nurita Harith.
Tetapi, apa yang menjadi sorotan peminat adalah kapsyen yang disertakan sehingga mengundang usikan nakal warganet yang mendoakan supaya apa yang diharapkan pelakon itu termakbul, lapor ohmymedia.
“Kenangan jalan bertiga. Kot kot nak jadi berempat tidak lama lagi...” tulisnya ringkas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat sudah mulai menghujani hantaran tersebut dengan mengaminkan doa isteri kepada aktor hebat itu dan berharap agar Fatima segera menjadi kakak.
Mereka juga mendoakan agar urusan pasangan pelakon ini di permudahkan dan akui tidak sabar untuk melihat Fattah Amin junior pula selepas ini lapor ohmymedia.
Walau bagaimanapun, hashtag yang ditinggalkan Fazura di posting berkenaan menjelaskan bahawa beliau hanya berseloroh sahaja dan tidak hamil. Beliau berharap agar orang ramai dapat mendoakan mereka supaya suatu hari nanti impian tersebut terlaksana.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.