Skip to main content

Hiburan

Raja Ilya akhiri zaman bujang November tahun depan

Pelakon cantik Raja Ilya akan naik pelamin. Bila? November tahun depan! 

Anggaran Waktu Membaca:
Raja Ilya akhiri zaman bujang November tahun depan

Raja Ilya. (Gambar: Instagram/rajailya)

Diterbitkan : 25 Aug 2018 10:46AM Dikemas Kini : 25 Aug 2018 10:51AM

MALAYSIA: Pelakon cantik Raja Ilya akan naik pelamin. Bila? November tahun depan! Demikian dedah pelakon tersebut yang sudah enam tahun bercinta, lapor Sinar Harian.

Menurut laman itu lagi, Raja Ilya mendedahkan, beliau sudah menerima lamaran seorang usahawan kelahiran Australia yang diperkenalkan sebagai TWG.

“Saya tidak pernah berfikir untuk berkahwin. Saya fikir saya mungkin akan menjadi andartu tetapi TWG menyakini saya untuk berkahwin.

“Di sebalik status yang dimilikinya, beliau sangat rendah diri malah mempunyai sifat dermawan kerana sudah banyak membantu masyarakat tidak kira bangsa atau agama.

"Kadang-kala saya terfikir beliau terlalu sempurna buat saya. Beliau ada semua ciri yang didamkan wanita. Beliau kacak, penyayang, berkedudukan, baik hati dan pemurah tetapi beliau memilih untuk mengahwini saya,” katanya dalam laporan Hijab & Heels.

Menurut Sinar Harian lagi, cara Ilya dilamar amat unik dan menyentuh perasaan kerana beliau dilamar menerusi sebuah puisi yang ditulis khas oleh TWG.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita