Raihan Halim kembali dengan filem kedua, 'La Luna' telan belanja $1.1 juta
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA : Bayangkan senario ini - sebuah kedai 'pakaian dalam' dibuka di tengah-tengah masyarakat Muslim 'alim' yang wanitanya bertudung niqab, beberapa bulan kemudian dimusnahkan oleh orang-orang yang "terancam" olehnya.
Demikian kejadian sebenar yang berlaku di Arab Saudi dan menjadi inspirasi bagi penerbitan filem kedua penulis, pengarah dan penerbit filem M Raihan Halim berjudul 'La Luna'.
Dalam sidang media yang diadakan di DADI Cinema Pavilion, Kuala Lumpur pada Isnin (18 Sep), Encik Raihan berkongsi, "Pada saya, konsep ini amat lucu, amat nakal sekali tetapi saya rasa idea bagi filem ini mungkin boleh mengenengahkan isu-isu yang penting. Tentang patriaki atau ketoksikan, kuasa dan juga perubahan, dalam masyarakat kita"
Meskipun jangkaan tinggi selepas kejayaan filem pertamanya 'Banting', Encik Raihan merasakan apa yang lebih penting lagi ialah mesej utama filem itu sampai kepada penonton.
"Yang lebih penting daripada 'box-office' ialah saya harap filem ini dapat ditayangkan di seluruh dunia sebab saya rasa cerita ini amat penting untuk menunjukkan topik-topik dalam masyarakat Melayu/Islam di Singapura dan Malaysia dan insya-Allah, para penonton di luar negara, di serata dunia dapat menonton filem ini dan akan rasa terhibur"
TELAN BELANJA $1.1 JUTA, BARISAN PELAKON DUA NEGARA
Dengan bajet sebesar S$1.1 juta, La Luna berlatarbelakangkan sebuah kampung rekaan, Kampung Bras Basah.
Filem tempatan ini juga menampilkan barisan pelakon handalan dari kedua-dua negara seperti Shaheizy Sam, Sharifah Amani, Hisyam Hamid, Wan Hanafi Su, Nadiya Nisaa dan Nam Ron.

"Uniknya filem ini, bila saya baca skripnya saya langsung jatuh cinta dan saya rasa filem komedi seperti ini memang sudah lama kita tidak ada di Malaysia ataupun Singapura. Saya terus terbayangkan karya-karya Tan Sri P. Ramlee," dedah pelakon utama Shaheizy Sam.
Para pelakon dan pengarah La Luna juga berkongsi kenangan manis sewaktu penggambaran di Kuala Kangsar, Perak yang selesai pada November 2022.
Tambah Shaheizy Sam yang memainkan watak seorang pegawai polis, "Filem kolaborasi di antara Malaysia dan juga Singapura tetapi saya sendiri nampak kita tidak ada banyak perbezaan pun, kerana kita semua masih lagi di dalam satu rumpun dan yang mendekatkan lagi hati saya dengan karya-karya Tan Sri P. Ramlee, kerana Tan Sri P. Ramlee pun pernah membuat nama di Singapura dan juga di Malaysia. Jadi saya rasa Malaysia dengan Singapura ini ada cinta ataupun minat yang sama berkenaan dengan karya Tan Sri P. Ramlee."

Bagi pelakon Sharifah Amani pula yang sering dikaitkan dengan filem-filem yang 'lain daripada yang lain', beliau memainkan watak utama, 'Hanie' dalam filem La Luna.
"Saya sangat memilih ketika saya ingin membawakan satu-satu watak. Saya percaya naskhah-naskhah ini perlu menjadi naskhah yang penting, perlu tanya soalan yang penting kepada masyarakat. Itu kegunaan seni. Saya terima filem ini setelah saya berjumpa beberapa kali dengan Raihan (penulis, pengarah, penerbit) dan tahu niat dia, kenapa dia harus menceritakan naskhah ini, kerana naskhah ini adalah sebenarnya surat cinta kepada wanita-wanita dalam keluarganya, wanita-wanita yang dia memang sayang.
"Kemudian apabila saya dapat tahu barisan pelakon 'sparring' saya, tidak mungkin saya akan tolak. Saya dapat bekerjasama dengan mereka-mereka yang saya sudah kenal begitu lama. Saya peminat mereka semua dan untuk duduk dalam satu layar dengan mereka, saya rasa sangat bertuah."

Harapan pelakon Sharifah Amani, "Cerita La Luna ini mungkin menceritakan tentang topik-topik yang agak susah tapi dengan cara yang penuh kasih sayang dan penuh gelak ketawa. Jadi saya amat-amat berharap penonton akan menikmatinya"
'La Luna' dipersembahkan oleh Clover Films dengan kerjasama ACT 2 Pictures, One Cool Film, dan Papahan Films.
Filem itu disokong oleh Suruhanjaya Filem Singapura, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KKD) xxx, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Hong Kong Asia Film Financing Forum (HAF), White Light Studio, dan Wouter Barendrecht Film Foundation.
Filem 'La Luna' dijadualkan untuk tayangan di pawagam Malaysia pada 9 November 2023 dan pawagam Singapura pada 16 November 2023.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.