Raih kutipan RM5.5 juta, 'Kahar: Kapla High Council' bakal masuk pawagam SG
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Filem 'Kahar: Kapla High Council' bukan sekadar sebuah karya seni, tetapi dianggap sebagai manifesto keberanian dalam mempersembahkan penceritaan yang relevan, dan penuh aksi.
Dalam nukilan laporan Astro Awani, kejayaan meraih kutipan RM5.5 juta (S$1.6 juta) sejak tayangan rasmi pada 28 November lalu, menjadi bukti sambutan luar biasa penonton terhadap karya tempatan, sekali gus mampu bersaing dengan filem antarabangsa.
Atas permintaan ramai, 'Kahar: Kapla High Council' kini bersedia menemui penonton di Singapura mulai Khamis, 5 Disember, lapor Astro Awani.
Penerbit Eksekutif 'Kahar: Kapla High Council' yang juga Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menzahirkan rasa syukur atas sambutan yang memberangsangkan itu.
“Alhamdulillah atas sambutan memberangsangkan ini. Kami ingin ucapkan terima kasih kepada penonton yang telah memilih 'Kahar: Kapla High Council' sebagai naskhah tontonan di pawagam.
“Esok bermulanya tayangan filem ini di Singapura, dan pada hujung minggu ini tiba giliran barisan pelakon turun ke wilayah Selatan seperti Johor, Melaka dan Seremban bagi menemui peminat dan penonton.
“Kami turut menerima pemintaan daripada peminat dari luar negara untuk menyaksikan filem ini.
"Insya-Allah dengan sambutan dan sokongan padu penonton, kami akan lebarkan sayap filem ini tembusi layar negara luar,” ujarnya kepada Astro Awani.
'Kahar: Kapla High Council' mengisahkan tentang Kahar, seorang pelajar tingkatan 4 sekolah berasrama penuh Kolej Ungku Deramat (KUDRAT).
Seorang yang pendiam dan kerap menyisihkan diri, dia sering berasa tertekan kerana bapanya, Datuk Abu Yamin, meletakkan harapan begitu tinggi terhadapnya.
Keadaan semakin meruncing apabila dengan tidak sengaja, Kahar terjerumus dalam pemilihan ketua tidak rasmi bagi seluruh badan pelajar.
Kemenangan Kahar membuatkan dia leka dengan kedudukannya itu.
Filem tersebut membariskan pelakon Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Khenobu, Thompson Goh, Husyairi Hussin, dan ramai lagi.

Sumber : Agensi berita/IM/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.