Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Rahmat Ramadan, Ebby tersentuh ada insan sudi derma ginjal

Pelakon dan pelawak popular Malaysia, Ebby Yus, tersentuh dengan tawaran dua insan, termasuk seorang wanita, yang berhasrat untuk menderma buah pinggang kepadanya seminggu sebelum Ramadan

Anggaran Waktu Membaca:
Rahmat Ramadan, Ebby tersentuh ada insan sudi derma ginjal

Gambar fail pelakon dan pelawak popular Malaysia, Ebby Yus.

Diterbitkan : 25 May 2019 01:41AM Dikemas Kini : 25 May 2019 01:47AM

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak popular Malaysia, Ebby Yus, tersentuh dengan tawaran dua insan, termasuk seorang wanita, yang berhasrat untuk menderma buah pinggang kepadanya seminggu sebelum Ramadan.

Ebby, atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, kini berdepan sakit buah pinggang tahap tiga serta penyakit jantung dan gastrik kronik, lapor Malaysiakini.

Ebby ditukil sebagai berkata, keprihatinan yang dihulurkan kepadanya diibaratkan rezeki jatuh melimpah yang sukar diungkap dengan kata-kata.

"Sukar untuk saya ungkap perasaan ini... Bukan perkara main-main. Tawaran yang dibuat membabitkan organ dalaman yang sangat berharga.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana dikelilingi mereka yang baik hati seperti ini," katanya seperti dipetik BH Online.

Ebby berdepan sakit buah pinggang tahap tiga selain jantung dan gastrik kronik.

Diminta mengulas identiti wanita yang menawar untuk mendermakan buah pinggangnya, Ebby memberitahu BH Online bahawa beliau mula berkenalan dengan wanita itu ketika wanita itu memasang khidmat WiFi di rumahnya.

"Ketika itu, saya belum sakit lagi. Tiba-tiba, seminggu sebelum Ramadan, dia melayangkan mesej dan bertanya mengenai jenis darah saya," katanya.

Bagaimanapun, Ebby menjelaskan bahawa setakat ini, beliaui tidak perlu menjalani rawatan hemodialisis atau mendapatkan buah pinggang baru.

"Doktor menjelaskan tahap kesihatan saya belum kronik sehingga perlu buah pinggang baru... Alhamdulillah," katanya kepada BH Online.

Ebby bersyukur kesihatannya semakin stabil meskipun perlu menjalani rawatan berkala di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pada masa sama, Ebby memaklumkan beliau hanya akan kembali berlakon sekiranya kesihatannya mengizinkan.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan