Rahimah Rahim, Hady Mirza antara artis bakal meriahkan Konsert Hari Kebangsaan pada 2 Ogos
Anggaran Waktu Membaca:
Konsert Hari Kebangsan Mediacorp (NDC)di The Meadow di Taman di Pesisiran, 2 Ogos 2026. (Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Konsert Hari Kebangsaan tahunan edisi kelapan akan kembali ke The Meadow di Taman di Pesisiran pada 2 Ogos.
Konsert itu juga akan menampilkan barisan artis terkenal serta aktiviti mesra keluarga yang percuma sebelum acara bermula.
Dianjurkan oleh Mediacorp dengan kerjasama Taman di Pesisiran, konsert tahun ini akan dimulakan dengan aktiviti pra-acara seawal pukul 4.30 petang, manakala konsert utama pula akan bermula pada pukul 7.45 malam.
Konsert yang dihoskan oleh DJ Ria 897 Fadli Kamsani, DJ 987 Germaine Tan, dan pelakon-pengacara Saravanan Ayyavoo ini membawakan tema sebutir benih yang tumbuh menjadi sebatang pokok, melambangkan pertumbuhan Singapura sepanjang tahun.
Antara artis yang akan membuat persembahan termasuk Rahimah Rahim, Mazhai, Sarah Mae, Sherman Zhuo, Sharon Shobana, bersama penyanyi berusia lapan tahun, Muhammad Khalif Khair Abdullah, yang akan membantu memulakan penceritaan kisah konsert tersebut.
Hady Mirza pula akan membuat persembahan bersama penyanyi opera Cherie Tse serta 'String Ensemble' dan Pancaragam Simfoni Dunman High bagi lagu Bridge Over Troubled Water. Beliau juga bakal menyanyikan lagu terbaharunya bertajuk Tempuh, yang mengisahkan tentang nilai-nilai seperti kesetiaan dan ketabahan.
Benjamin Kheng akan menyampaikan versi baharu lagunya Not Alone bersama Shayne Ko, manakala Olivia Ong akan menutup konsert dengan menyanyikan semula lagu klasik Hari Kebangsaan, Home.
Selepas persembahan tersebut, Presiden Tharman Shanmugaratnam dan isteri, Puan Jane Ittogi, akan mengetuai bacaan Ikrar Negara dan menyanyian Lagu Kebangsaan.
Acara pada malam itu akan diakhiri dengan sesi menyanyi bersama lagu-lagu kegemaran Hari Kebangsaan oleh orang ramai serta pertunjukan bunga api.
Sebelum konsert bermula, para pengunjung boleh menikmati permainan karnival, aktiviti kraf tangan, dan persembahan daripada Urban Drum Crew, Rahila Rashun, serta Shak.
Turut diadakan adalah tayangan awal rancangan kanak-kanak Mediacorp yang akan datang, iaitu Lil Wild – In the Big City dan Stuffed Warriors.
Masuk adalah percuma. Anda juga boleh menonton konsert ini di Channel 5 dan mewatch pada 10 Ogos pukul 7.30 malam, atau siaran ulangannya pada 15 Ogos pukul 5.00 petang.
Sorotan utama konsert ini juga boleh ditonton di platform media sosial Mediacorp.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.