Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Radio Ria, Warna bersiaran secara langsung di Orchard Road hari ini bagi meLISTEN – The Sound of Home

Anggaran Waktu Membaca:
 Radio Ria, Warna bersiaran secara langsung di Orchard Road hari ini bagi meLISTEN – The Sound of Home

meLISTEN – The Sound of Home Street Party yang juga diadakan pada 24 Sep 2022. (Gambar: Mediacorp)

SINGAPURA: Sebagai sebahagian daripada kemeriahan Grand Prix 2022 Singapura, stesen-stesen radio tempatan bakal bersiaran secara langsung dari luar Ngee Ann City mulai 23 September hingga 2 Oktober ini.

Ini termasuk stesen radio Melayu - Warna 942 dan Ria 897.

Acara yang dinamakan meLISTEN – The Sound of Home itu akan bersiaran langsung di Orhard Road dengan pelbagai kegiatan menarik diadakan. Antaranya sesi bertemu peminat, persembahan oleh barisan artis popular dan hadiah-hadiah untuk mereka yang bertuah.

Hari ini (24 Sep), stesen Ria 897 dengan penyampainya Nity Baizura, Fadli Kamsani, Danial Shahrin, Saffwan Shah dan Azlin Ali bakal beraksi pada pukul 2.00 hingga 3.00 petang.

Pada pukul 4.00 hingga 5.00 petang pula, penyampai Radio Warna 942, RZ dan TG akan menyiarkan rancangan radio mereka di Orchard Road.

Acara itu akan dimeriahkan lagi dengan penampilan khas penyanyi tanah air, Farhan Shah.

Stesen-stesen radio lain yang turut bersiaran secara langsung di sana hujung minggu ini ialah LOVE 972, 987, CLASS 95, Oli 968, GOLD 905, YES 933 dan Symphony 924.

Satu lagi acara menarik yang anda tidak boleh anda lepaskan adalah meLISTEN – The Sound of Home Street Party.

Ia akan berlangsung hari ini mulai pukul 8.00 malam hingga 10.30 malam di *SCAPE Bandstand.

Pengacara bagi acara tersebut antaranya adalah, Sonia Chew, Joakim Gomez dan Azura Goh.

Anda juga boleh menyaksikan persembahan oleh artis tempatan seperti Dharni, Shigga Shay dan Fariz Jabba di acara tersebut.
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan