Skip to main content

Hiburan

Qi Razali bakal tunang tahun ini

Pengacara dan pelakon Qi Razali akan mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Nia Atasha Rosli, 22 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Qi Razali bakal tunang tahun ini

(Gambar: @qirazali0808/ Instagram)

Diterbitkan : 18 Jul 2018 11:06AM Dikemas Kini : 18 Jul 2018 11:12AM

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon Qi Razali akan mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Nia Atasha Rosli, 22 tahun.

Qi memberitahu Astro Awani bahawa beliau sudah menghantar rombongan merisik baru-baru ini.

“Alhamdulillah, saya sudah menghantar rombongan untuk merisik dan kedua-dua keluarga sudah pun bertemu.

“Buat masa sekarang saya masih tidak mempunyai tarikh yang sesuai untuk mengikat tali pertunangan.

“Mungkin kami akan bertunang pada tahun ini namun jika sudah ada tarikh saya akan umumkan pada semua.

“Saya berharap agar semuanya akan dipermudahkan kerana saya bukannya muda lagi dan juga mahukan anak sendiri,” katanya kepada Astro Gempak.

Qi ditemui Astro Awani dalam sidang media pelancaran single baru kumpulan OAG semalam (17 Jul).

Qi dan Nia menjalinkan hubungan cinta sejak hampir dua tahun lalu. Sebelum ini, Qi menjalinkan hubungan cinta dengan pelakin Nelydia Senrose.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita