Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Puteri Sarah luah rasa syukur Syamsul Yusof pulang ke pangkuan keluarga

Anggaran Waktu Membaca:
Puteri Sarah luah rasa syukur Syamsul Yusof pulang ke pangkuan keluarga

(Gambar: Instagram/patimah8057)

KUALA LUMPUR: Pelakon Puteri Sarah Liyana melahirkan rasa syukur apabila bekas suaminya iaitu pengarah dan pelakon Syamsul Yusof sudah kembali ke pangkuan ibu bapanya.

Sarah ketika ditemui selepas Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) pada malam Ahad (22 Sep) bagaimanapun berkata beliau tidak mahu mengulas lebih lanjut perkara itu.
“Saya hanya boleh katakan Alhamdulillah, happy ending. Itu saja… nak cakap lebih-lebih pun tak boleh,” kata Puteri Sarah kepada Astro Gempak.

Apabila ditanya mengenai kenyataan Yusof Haslam tidak menolak sekiranya Puteri Sarah kembali berjodohan dengan Syamsul, ahli kumpulan Gebu itu bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas.

“No komen… saya tak nak cakap lebih-lebih mengenai perkara itu,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut memberitahu penggunaan isu melibatkan dirinya dalam persembahan minggu pertama MLS4 hanya sekadar untuk dijadikan hiburan sahaja.

“Bukan idea saya (isu sendiri), ia hanya keluar secara spontan. tapi kita tak ada berlebihan sangat. Kita jadikan ia sekadar perkara yang menyeronokkan, itu saja,” katanya, dipetik daripada Astro Gempak.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan