Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Puteri Balqis sakit jantung; Anuar Zain mohon doa peminat

Minggu lalu, pelakon cilik terkenal, Puteri Balqis Azizi difahamkan menghidap penyakit masalah jantung.

Anggaran Waktu Membaca:
Puteri Balqis sakit jantung; Anuar Zain mohon doa peminat

Gambar: rockingbalqis/Instagram

Diterbitkan : 19 May 2018 09:39AM Dikemas Kini : 19 May 2018 09:45AM

KUALA LUMPUR: Minggu lalu, pelakon cilik terkenal, Puteri Balqis Azizi difahamkan menghidap penyakit masalah jantung.

Memetik laporan menerusi media tempatan, ibu pelakon itu, Norashikin Mohd Aziz mengesahkan bahawa anaknya terpaksa keluar masuk hospital sejak awal tahun lalu.

Puteri Balqis yang lebih mesra disapa sebagai Aqish, 11 tahun, disahkan menghidap masalah jantung selepas melalui siri pemeriksaan menyeluruh, Disember lalu, lapor Astro AWANI.

"Kami dapati keadaan Aqish cepat letih dan demam berulang kali dalam tempoh panjang. Kami syak Aqish diserang denggi tetapi ujian menunjukkan begitu.

"Sejak awal tahun hospital sudah seperti rumah kedua kami berikutan Aqish perlu menjalani ujian dan pemeriksaan bagi mengesan sakitnya.

"Lebih teruk apabila dia pengsan dan muntah hampir setiap hari," kata ibunya luluh melihat keadaan Aqish.

Baru-baru ini, penyanyi terkenal, Anuar Zain, memanfaatkan media sosial untuk mengajak orang ramai mendoakan kesihatan bintang cilik itu, lapor Astro AWANI.

"Kepada semua teman-teman IG dan FB, mohon doakan kesihatan Puteri Balqis supaya cepat sembuh dan dapat terus mewarnakan industri seni Malaysia dengan lakonan hebatnya.

"Semoga doa kita semua di bulan yang mulia ini dimakbulkan Allah S.W.T. Such a talented girl! Stay strong and get well soon, Puteri Balqis. Terima kasih semua atas doa anda," tulisnya.

Astro AWANI melaporkan bahawa dalam perkembangan terbaru, Aqish dilaporkan beransur sembuh menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan