Pungutan AS$118 juta 'Toy Story 4' di bawah jangkaan
Filem animasi 'Toy Story 4' mencatat prestasi box office namun pendapatan AS$118 juta (S$159 juta) yang diraih bagi tayangan perdananya lebih rendah daripada jangkaan pihak industri.
Pelakon Tom Hanks bergambar semasa acara tayangan perdana 'Toy Story 4' di London, 16 Jun 2019. (Gambar: AFP/Daniel Leal-Olivas)
LOS ANGELES: Filem animasi 'Toy Story 4' mencatat prestasi box office namun pendapatan AS$118 juta (S$159 juta) yang diraih bagi tayangan perdananya lebih rendah daripada jangkaan pihak industri.
Sungguhpun begitu tayangan perdana 'Toy Story 4' tetap mencatat hasil pungutan keempat tertinggi sepanjang masa bagi filem animasi, tanpa mengambil kira inflasi.
Menjelang hujung minggu, filem tersebut dijangka mengutip antara AS$140 juta (S$189 juta) hingga AS$150 juta (AS$203 juta).
Mengambil kira kadar inflasi, filem itu meraih pendapatan kurang daripada AS$110.3 juta (S$149.3 juta) - atau AS$129 (S$174 juta) berdasarkan nilai mata wang hari ini - yang dicatatkan bagi tayangan perdana 'Toy Story 3' sembilan tahun lalu.
Pembukaan 'Toy Story 4' menyusuli prestasi filem-filem bersiri yang kesemuanya tidak mencapai jangkaan hasil penjualan tiket. Ini termasuk 'Dark Phoenix,' 'Godzilla: King of the Monsters' dan 'Men in Black: International'.
Namun, apa yang membezakan 'Toy Story 4' daripada filem-filem tersebut adalah ulasan yang memberangsangkan. Filem itu mendapat rating 98 peratus di laman kritikan filem Rotten Tomatoes.
Filem yang diolah semula, 'Child's Play' keluaran Orion Pictures menduduki tangga box-office kedua, juga dengan hasil di bawah jangkaan, iaitu sebanyak AS$14.1 juta (S$19.1 juta). Versi baru filem itu yang pertama kali diterbitkan pada 1988 dibintangi Aubrey Plaza dan menampilkan bakat suara Mark Hamil bagi watak Chucky, anak patung bersenjatakan pisau.
'Aladdin' menduduki tempat ketiga dengan mengutip AS$12.2 juta (S$16.5 juta) sementara 'Men in Black: International' menduduki tangga keempat dengan AS$10.8 juta (S$14.6 juta).
'The Secret Life of Pets 2' berada di tangga kelima dengan hasil AS$10.3 juta (S$13.9 juta).
Berikut adalah senarai hasil penjualan tiket dari Jumaat hingga Ahad di pawagam-pawagam Amerika Syarikat dan Kanada, menurut Comscore. Hasil pungutan tayangan antarabangsa bagi tempoh yang sama juga disertakan.
1. "Toy Story 4," AS$118 juta (S$159 juta) atau AS$120 juta (S$162 juta) di merata dunia.
2. "Child's Play," AS$14.1 juta (S$19.1 juta).
3. "Aladdin," AS$12.2 juta (S$16.5 juta).
4. "Men in Black International," AS$10.8 juta (S$14.6 juta).
5. "Secret Life of Pets 2," AS$10.3 juta (S$13.9 juta).
6. "Rocketman," AS$5.7 juta (S$7.7 juta).
7. "John Wick: Chapter 3," AS$4.1 juta (S$5.5 juta).
8. "Godzilla: King of the Monsters," AS$3.7 juta (S$5.0 juta).
9. "Dark Phoenix," AS$3.6 juta (S$4.8 juta).
10. "Shaft," AS$3.6 juta (S$4.8 juta).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.