Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pulau kutip RM1.2 juta selepas 4 hari meski dilanda kontroversi

Anggaran Waktu Membaca:
Pulau kutip RM1.2 juta selepas 4 hari meski dilanda kontroversi

(Gambar: Pulau Movie/Instagram)

KUALA LUMPUR: Meskipun dikritik hebat susuli treler filem yang didakwa memiliki adegan intim yang tidak senonoh, filem Pulau tetap berhasil meraih kutipan RM1.2 juta (S$360,350) selepas empat hari ia ditayangkan, lapor BH Online.

Pulau, yang diarahkan Euho, mula ditayangkan di lebih 130 pawagam di Malaysia dan lima di Brunei sejak 9 Mac lalu.

Dibintangi Alif Satar dan Amelia Henderson, filem Pulau yang bergenre seram itu mengisahkan sekumpulan anak muda yang mengembara ke pulau berhantu.

Ia mula mendapat kritikan selepas netizen terkejut dengan paparan wanita berpakaian seksi termasuk berbikini dan adegan intim serta sebilangan adegan yang dianggap keterlaluan dan bercanggah dengan nilai moral bagi filem tempatan.

Lantaran itu, pelbagai pihak bertindak memboikot filem yang menelan belanja RM4 juta (S$1.2 juta) itu, dengan sebilangan pendakwah meminta supaya Pulau diharamkan daripada ditayangkan, menurut BH Online.

Kerajaan Negeri Terengganu menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu turut mengambil langkah 'mengharamkan' filem Pulau daripada ditayangkan di tiga pawagam di negeri itu.

Selain Alif dan Amelia, Pulau yang menjalani penggambaran di Langkawi antara lain turut dibarisi Nam Ron, Wan Hanafi Su, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong dan Harris Anuar.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan