Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

PU Riz bakal lanjutkan pengajian di Universiti Madinah; bawa Neelofa, anak bersama

Pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail mendedahkan rancangannya untuk ke Madinahbagi melanjutkan pelajaran dan bakal membawa isterinya, Neelofa, dan anak mereka bersama.

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz, 27 tahun, mendedahkan rancangannya untuk ke Madinah, Arab Saudi, bagi melanjutkan pelajaran. Beliau bakal membawa isterinya, Neelofa, dan anak mereka bersama.

"Saya cakap nak pergi sambung belajar di Madinah dan bawa dia (Lofa) dan anak sekali. Dia setuju," kongsi beliau kepada Harian Metro.

PU Riz berkongsi Neelofa juga akan mengikuti Markaz Lughah yang memberi fokus pada pengajian bahasa Arab.

"Sebenarnya rancangan nak ke sana dibuat masa awal-awal berkahwin. Cuma apabila isteri hamil jadi kena ubah perancangan. Alhamdulillah, sekarang anak sudah lahir dan sihat, jadi nak tunggu dia besar sikit lagi. Kiranya, dalam lima ke enam (bulan) lagi ke Madinah. Mungkin paling cepat pun awal tahun depan.

"Insya-Allah saya sambung pengajian peringkat Sarjana di Universiti Madinah. Tapi program pengajian belum ditetapkan lagi. Maksimum dua tahun di sana. Apa yang membolehkan saya sambung di sana kerana semasa belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terdapat 10 subjek dalam bahasa Arab.

"Dalam masa sama, di sana isteri akan mengikuti pengajian Markaz Lughah yang mana dia fokus bahasa Arab saja iaitu bahagian al Hiwar - macam mana nak bercakap harian. Jadi, kalau balik Malaysia nanti dia sudah boleh bercakap dalam bahasa Arab," katanya kepada Harian Metro.

Neelofa juga, menurut PU Riz, menunjukkan minat mendalam untuk mendalami bahasa Arab.

"Kebetulan saya ada ramai kawan Arab di sini. Setiap kali mereka menghubungi saya dan kami bercakap dalam bahasa Arab. Dari situ, timbul minat dia nak belajar setiap kali dengar saya bercakap bahasa Arab. Kalau pandai cakap, insya-Allah baca al-Quran pun sedap sikit. Dia pun boleh faham kalau kita cakap," ujar beliau.

Menurut Harian Metro, Neelofa berkongsi hasratnya di sebuah program baru-baru ini untuk mengikut suami yang ingin melanjutkan pengajian ke Arab Saudi, selain ingin mendedahkan anak mereka, Muhammad Bilal, kepada persekitaran yang baru.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan