Skip to main content

Hiburan

PropertyGuru, Mediacorp lancar siri realiti 'Home Run: Singapore', tampilkan ejen hartanah tempatan

PropertyGuru dan Mediacorp menjalin kerjasama untuk menerbitkan siri realiti hiburan baharu berjudul 'Home Run: Singapore'.
Anggaran Waktu Membaca:
PropertyGuru, Mediacorp lancar siri realiti 'Home Run: Singapore', tampilkan ejen hartanah tempatan
Mediacorp bekerjasama dengan PropertyGuru dalam "Home Run: Singapore", sebuah siri realiti yang menampilkan ejen-ejen hartanah tempatan. (Gambar: PropertyGuru)
SINGAPURA: PropertyGuru dan Mediacorp menjalin kerjasama untuk menerbitkan siri realiti hiburan baharu berjudul 'Home Run: Singapore'.

Siri realiti hiburan baharu sebanyak lima episod itu akan mula ditayangkan mulai 12 November.

Dalam edisi terbaharu siri tersebut, pertaruhannya lebih tinggi, ia menampilkan jumlah peserta lebih ramai dengan cabaran yang lebih sukar dan penampilan yang lebih segar.

Dalam edisi baharu rancangan itu, 14 ejen hartanah akan melalui cabaran bertekanan tinggi, termasuk tugasan pelanggan yang tidak dapat dijangkakan dan situasi pencarian hartanah yang rumit.

"Dengan Home Run, kami mahu menampilkan sesuatu yang melucukan tetapi juga realistik, yang menunjukkan peserta perlu membuat keputusan dengan pantas, menghadapi cabaran yang tidak diduga dan semangat setiakawan yang mencerminkan dunia hartanah di Singapura," kata CEO PropertyGuru Group, Lewis Ng.

"Ia menyeronokkan, tidak dapat diduga dan dekat di hati, menonjolkan detik-detik yang jarang dilihat ramai sewaktu membeli atau menjual rumah, sambil meraikan para individu yang membentuk nadi industri itu."

Ejen paling tangkas membuat keputusan dan berjaya membantu pelanggan mencari rumah idaman mereka akan menerima Kredit PropertyGuru sebanyak S$11,000 bagi menyokong pertumbuhan serta meningkatkan keterlihatan mereka dalam pasaran hartanah Singapura.

Hadiah-hadiah tambahan turut disumbang oleh rakan-rakan pemaju termasuk SingHaiyi Group.

Siri realiti tersebut akan dikendalikan oleh personaliti media sosial SneakySushii dan Dewy Choo.

Mereka akan ditemani pemenang siri terdahulu, Claire Tan, serta panel bergilir-gilir yang terdiri daripada veteran industri hartanah.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita