Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Projek '100 lagu 100 tahun' hidupkan semula lagu-lagu klasik Melayu

Anggaran Waktu Membaca:
Projek '100 lagu 100 tahun' hidupkan semula lagu-lagu klasik Melayu

(Gambar: Luncai Emas Sdn Bhd/YouTube)

Diterbitkan : 07 Jan 2025 12:22AM Dikemas Kini : 07 Jan 2025 12:29AM
KUALA LUMPUR: 100 buah lagu popular diberi nafas baharu dalam sebuah projek kerjasama antara Luncai Emas dan World Business Affairs Sdn Bhd.

Dinamakan sebagai projek '100 Lagu 100 tahun', projek itu bertujuan memperkenalkan semula karya klasik kepada khalayak moden sebagai penghormatan terhadap sejarah seni muzik tanah air. 

"Projek ‘100 Lagu 100 Tahun’ ini adalah cetusan idea Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan komposer serta penerbit terkenal Dr Mohd Azhar Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Azmeer. Objektif projek ini adalah untuk menghimpunkan 100 lagu popular Melayu dari awal abad ke-20 dalam bentuk audio dan juga buku,” kata Pengarah produksi Luncai Emas Sdn Bhd Keon Omar dalam satu kenyataan pada Isnin (6 Jan).

Salah satu lagunya termasuk sebuah lagu klasik awal 1900-an, Nuri Terbang Malam, yang akan dihidupkan semula oleh legenda muzik tanah air M. Nasir.

Lagu asal nyanyian Qasim, seorang penyanyi Wayang Semarang dari Pulau Pinang itu, dipercayai lagu Melayu pertama yang pernah direkodkan pada piring hitam sekitar 1903 oleh sebuah syarikat rakaman antarabangsa dari United Kingdom, Gramophone Company.

Dalam kenyataan yang sama, M. Nasir berkata sebagai penggiat seni, beliau ingin membawa karya-karya dahulu kepada generasi baharu tanpa melupakan asal usul.

"Lagu ini adalah sebahagian daripada sejarah muzik kita, dan tugas kita adalah untuk mengabadikannya," katanya.

Lagu tersebut boleh didengar di semua saluran digital, antaranya Youtube, Spotify dan Apple Music sejak 3 Januari 2025.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan