Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Program realiti M'sia Gegar Vaganza akan diteruskan tanpa kehadiran penonton

Program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) akan diteruskan penyiarannya seperti dijadualkan namun tanpa kehadiran penonton menyusuli pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai Rabu (14 Okt) hingga 27 Oktober ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Program realiti M'sia Gegar Vaganza akan diteruskan tanpa kehadiran penonton

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 15 Oct 2020 12:22PM Dikemas Kini : 15 Oct 2020 12:25PM

KUALA LUMPUR: Program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) akan diteruskan penyiarannya seperti dijadualkan namun tanpa kehadiran penonton menyusuli pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai Rabu (14 Okt) hingga 27 Oktober ini.

Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, selain tanpa kehadiran penonton, konsert minggu kedua GV7 pada Ahad ini (18 Okt) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) diadakan mengikut syarat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

"Pihak Astro mengambil keputusan untuk meneruskan GV7 seperti yang dijadualkan tetapi tanpa kehadiran penonton. Dengan keputusan itu, penganjuran dua konsert mingguan yang kebetulan jatuh ketika tempoh PKPB sedang berlangsung iaitu konsert minggu kedua Ahad ini dan minggu ketiga pada 25 Oktober ini akan tetap bersiaran secara langsung dari PICC seperti biasa.

"Namun, hanya kru produksi dan tenaga kerja yang berdaftar sahaja akan dibenarkan berada di lokasi untuk mengawal jumlah bilangan kehadiran pada satu-satu masa," katanya kepada Harian Metro.

Cik Emarina berkata, pihaknya akan membuat makluman sekiranya ada sebarang perubahan.

"Sebarang perubahan mengenai penganjuran untuk konsert minggu keempat dan seterusnya akan diumumkan dari masa ke semasa.

"Ia tertakluk kepada perkembangan situasi semasa pandemik Covid-19 serta kelonggaran yang diberikan oleh pihak berkuasa, sekiranya ada," katanya kepada Harian Metro.

GV7 mula bersiaran pada Ahad lalu (11 Okt) membariskan 14 peserta solo dan berkumpulan.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan