President's Star Charity tahun ini akan sokong 93 badan amal
Acara selama dua jam itu akan ditayangkan secara langsung pada Ahad, 10 Oktober pada 7.30 malam di Saluran 5, meWATCH dan YouTube.
SINGAPURA: Acara amal tahunan President's Star Charity akan kembali diadakan, dengan membawa tema "Love Connects".
Tahun ini, acara amal itu bermatlamat menggalak setiap orang di Singapura supaya membina sebuah masyarakat yang lebih inklusif dari segi digital.
Ini di samping memperkasa mereka yang memerlukan.
Sumbangan dana yang dikumpul menerusi acara amal tersebut akan disalurkan kepada 93 badan amal yang disokong oleh Cabaran Presiden.
Pelbagai artis akan menyerikan acara tersebut,termasuk penyanyi tempatan Stefanie Sun serta penyanyi dan pengubah lagu dari Britain, Calum Scott.
Acara selama dua jam itu akan ditayangkan secara langsung pada Ahad, 10 Oktober pada 7.30 malam di Saluran 5, meWATCH dan YouTube.
Mulai hari ini (16 Sep), orang ramai boleh mendermakan dana menerusi laman www.giving.sg/psc2021 atau dengan mengimbas kod QR PayNow yang akan dipaparkan sepanjang acara tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.